Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

27 February, 2012

Anak saudara terkena bomoh gugur bayi dua kali



SAYA mempunyai seorang anak saudara yang meniti usia remaja, malangnya dia terlanjur dan sanggup tinggal serumah dengan teman lelakinya. Saya percaya anak saudara ini sudah diguna-gunakan kerana dia hanya mengikut segala kehendak teman lelaki.
Selepas beberapa laporan polis dibuat dan aduan kepada Jabatan Agama Islam serta merujuk kepada ustaz, tiada jalan mudah untuk mengambilnya. Mereka ingin berkahwin tanpa mengira adat-adat Islam, tanpa risik dari kedua orang tuanya. 
Pendek kata kahwin percuma walau pun tidak direstui orang tua. Anak saudara saya juga menggugurkan kandungan haram sebanyak dua kali. Kami buntu dan tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini kerana dia sangat degil dan enggan mendengar kata. 

Ibu Saudara Prihatin,
Pahang. 


DR empati dengan adik. Sebagai saudara terdekat, tentunya adik inginkan yang terbaik untuk anak saudara. Sikap adik memang Dr kagum dan semoga sikap prihatin dan mengambil berat ini akan sentiasa adik laksanakan. Sememangnya, dalam kita ingin berbuat baik, terlalu banyak ranjau dan liku yang perlu dilalui.
 

Dalam situasi anak buah yang dua kali menggugurkan kandungan haramnya, perkahwinan adalah jalan baik untuk mengelak berlaku lagi pengguguran kandungan serta dosa berulang.
 

Dari segi kesihatan, menggugurkan kandungan mendatangkan bahaya manakala dari segi agama pula, berzina dan menggugur kandungan adalah perbuatan amat dilarang serta berdosa besar.
 

Isu juga perlu difokuskan kepada apakah yang terbaik untuk anak saudara adik dan teman lelakinya. Memang amat sukar bagi ibu bapa untuk berhadapan situasi begini.
 

Dr sangat memahaminya. Namun, untuk melihat keinginan dari satu pihak saja akan hanya memberatkan lagi masalah.

Apatah lagi, apabila berhadapan dengan seorang anak remaja yang masih muda umurnya. Sikap memberontak dan individualistik masih menebal di hatinya.
 

Soal bomoh dan kahwin percuma (adat resam) akan dapat diselesaikan jika isu utama diberi perhatian. (hasrat anak saudara ingin menghalalkan hubungannya dengan teman lelaki melalui perkahwinan). Banyak perkara boleh diselesaikan jika satu pihak meletakkan diri di pihak yang lain. Begitu sebaliknya.
 

Tiada bomoh yang terbaik selain daripada sifat empati, memahami, tidak memberi bebanan terlalu berat. Bomoh yang terbaik ialah adik dan ibu bapa anak saudara. Melihat segala masalah dari perspektifnya akan memberi ruang kepada adik dan ibu bapa anak saudara untuk lebih empati, bersedia memaafkan dan memahami.
 

Jika ini dapat dilakukan, kemungkinan untuk dia bersetuju dengan syarat yang adik dan ibu bapanya cadangkan adalah tinggi.
 

Sememangnya sukar bagi yang lebih berumur untuk bersetuju dengan kemahuan orang lebih muda. Namun, dalam keadaan ini, apa yang lebih penting ialah menyelesaikan isu utama dan seterusnya menangani isu lapisan seterusnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...