[HM] AMPANG: Hanya
kerana enggan melayan permintaan seks, seorang wanita nyaris disimbah air panas
selain dicakar dan dipukul oleh suaminya selepas berang permintaannya itu tidak
dilayani.
Difahamkan, dalam kejadian tengah malam kelmarin di Bandar
Baru Ampang, di sini, mangsa yang cedera dipukul dan dicakar suaminya membuat
laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang dicederakan lagi.
Sumber berkata, mangsa berusia awal 30-an dikatakan merajuk
dengan suaminya selepas dipukul lelaki terbabit sehari sebelum kejadian
menyebabkan mangsa tidak mahu menuruti permintaan suaminya.
“Tindakan merajuknya itu membawa padah apabila suaminya mula
naik angin lalu memukul mangsa dan mencakar tangannya hingga cedera,” katanya.
“Mangsa yang kesakitan cuba melepaskan diri daripada, namun
tidak berhasil apabila dia terus dipukul,” katanya.
Menurutnya, suami itu kemudian mengambil bekas air panas di
dapur sebelum mengugut mahu menyimbah air panas berkenaan jika mangsa enggan
melakukan hubungan seks dengannya.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di balai
polis berhampiran berhubung ugutan suaminya itu kerana bimbang dicederakan lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner
Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.
No comments:
Post a Comment