Berita Agensi melaporkan seorang gadis berusia 16 tahun di Mumbai, India, telah dipaksa melacur oleh ibu kandungnya.
Poonam Manish Mhatre, 49, didakwa menggunakan ugutan emosi, termasuk mengancam untuk mencederakan atau membakar dirinya jika anaknya itu tidak bersetuju untuk menjual dirinya.
Tertuduh telah ditahan di bawah Akta Pemerdagangan Tidak Bermoral (Pencegahan) kerana mendorong anak perempuannya dalam aktiviti pelacuran.
Mengikut laporan, tertuduh dikatakan sering mengelar pergelangan tangannya, malah menyimbah dirinya dengan minyak tanah jika anak perempuannya enggan melayan pelanggan.
Menurut akhbar, remaja itu telah dipaksa melacur sebaik sahaja dia berhenti sekolah. Pihak polis berkata, remaja itu menurut kemahuan ibunya kerana bimbang ibunya akan melakukan sesuatu yang membahayakan dirinya.
Selepas sembilan tahun menanggung trauma dan permintaan yang semakin meningkat untuk melayan pelanggan, dia akhirnya memecah rahsia dan melaporkan perkara itu kepada polis. -DCM
P/s: Patutnya, biarkan sahaja si ibu menyimbah dirinya dengan minyak tanah dan membakar dirinya.
No comments:
Post a Comment