fjsen.com melaporkan sebuah kereta pacuan empat roda merempuh bahagian belakang sebuah kereta mewah yang diletakkan di tepi Jambatan Yanwu, Xiamen, China. Menurut keterangan saksi di tempat kejadian, pemilik kenderaan pacuan empat roda (4WD) itu dipercayai sedang mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya sebelum kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh kenderaan tersebut.
Pemilik kereta mewah yang mahu dikenal sebagai Xiao Dong berkata beliau menghentikan keretanya di tepi Jambatan Yanwu. Semasa dia dan seorang rakan menikmati permandangan dan angin laut sekitar pukul 9:00 malam, sebuah kenderaan 4WD tiba-tiba merempuh bahagian belakang keretanya.
Bimbang kemalangan itu mungkin suatu komplot yang sengaja direka oleh penjenayah, Xiao Dong dan rakannya tidak keluar dari kereta. Apabila mendaapti tiada sesiapa pun yang keluar dari kenderaan pacuan empat roda itu, Xiao Dong pergi menjenguk kenderaan itu dan terkejut apabila melihat sepasang kekasih dalam keadaan mengaibkan.
"Seorang wanita dalam keadaan panik sedang memakai coli dan teman lelakinya pula sedang mencapai pakaian yang berselerak di tempat duduk belakang," katanya.
Tiga minit kemudian, pasangan berusia 20-an itu turun dari 4WD itu. Kedua-duanya berkali-kali meminta maaf daripada Xiao Dong dan menawarkan pampasan untuk kerosakan keretanya.
Kereta Xiao Dong mengalami kerosakan yang tidak begitu serius dan dia menganggarkan kos baik pulih sekitar 3000 yuan (RM1 430), namun pasangan itu hanya mampu membayar 1 000 yuan (RM477). Xiao Dong menerima wang tersebut dan memaafkan pasangan itu. -DCM
P/s: Fenomena berahi tidak terkawal!
No comments:
Post a Comment