Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

06 March, 2012

SUAMI MANDUL, UPAH JIRAN HAMILKAN ISTERI NAMUN GAGAL SELEPAS 72 KALI MENCUBA





STUTTGART: Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan ‘benar-benar berniat jujur’ apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.
Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute. Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor bahawa dia mandul.
Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenairancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, ‘membantu’ mereka mendapat anak.
Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.
Laporan media Jerman menyatakan, Maus ‘berusaha bersungguh-sungguh’ dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.
Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah.
Dia kemudian memberitahu Soupolos: “Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu. Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami.”
Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan
Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul. Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka.
Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan.
Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk ‘berusahabersungguh-sungguh.’ – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...