5 Mac – Tanpa sebarang kontroversi atau khabar tentang keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio stesen popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih dikenali dengan panggilan Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin.
Dipetik daripada laporan Kosmo, pasangan ini bercerai secara baik dalam satu proses tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam pada 29 Februari lalu.
Kakak kepada aktres Sharifah Amani ini turut mengesahkan berita tersebut.
"Ya, kami sudah sah bercerai pada 29 Februari yang lalu. Saya tidak dapat mengulas lanjut tentang apa yang terjadi. Kita doakan yang baik-baik sahaja," jelas penyampai radio berusia 29 tahun ini.
Ashraf, 32, yang merupakan seorang komposer turut mengesahkan berita perceraian mereka.
Walaupun sudah bercerai, pasangan ini berkata mereka tetap berhubungan sebagai teman baik.
Leya dan Ashraf telah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2007 dan dikurniakan sepasang anak perempuan kembar bernama Aza Ameena dan Asha Ameena yang kini berusia dua tahun setengah.
No comments:
Post a Comment