Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

08 March, 2012

ShahRizat Kantoi Lagi..SMS Sebagai Bukti..



: Datuk Shamsubahrin Ismail pada Rabu telah menyerahkan telefon bimbitnya termasuk transkrip teks sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan yang beliau tidak menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagaimana yang didakwa.

“Memang saya tidak bersalah. Sebab itulah saya datang ke sini (SPRM) untuk menyerahkan bukti bahawa saya tidak pernah menipu Datuk Salleh,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini.

Peguam Shamsubahrin, N. Surendran kemudiannya memberitahu pemberita, bukti yang diserahkan kepada SPRM adalah berkaitan dakwaan kononnya anak guam beliau terlibat dalam percubaan untuk merasuah anggota polis.

“Transkrip SMS itu akan membuktikan bahawa sebenarnya beberapa orang penting dalam NFCorp yang sebenarnya cuba merasuah anggota polis supaya kes tersebut dalam ditutup...,” kata peguam itu lagi.
Surendran yang juga naib presiden PKR berkata, bukti yang diserahkan oleh anak guamnya itu adalah satu bukti yang sangat kukuh dan boleh membuktikan juga yang dia tidak bersalah.

Pertemuan antara Shamsubahrin dengan pegawai-pegawai SPRM berlangsung selama lebih sejam dan perbualan mereka dirakamkan melalui perakam video.
Shamsubahrin telah didakwa Disember lepas kerana cuba menipu Mohamad Salleh, yang juga merupakan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebanyak RM1.76 juta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...