KUALA LUMPUR: Pengalaman pernah diliwat sewaktu zaman persekolahan hanyalah alasan membebaskan diri daripada dipersalahkan ketika melakukan perkara terkutuk lebih-lebih lagi dengan pasangan sama jantina, kata pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah.
Menurutnya, alasan seumpama itu sering kali digunakan golongan tertentu yang sudah ketiadaan idea lain demi menyelamatkan diri sekali gus meraih simpati.
“Kalaupun pernah mengalami detik hitam diliwat ketika remaja, pengalaman itu mana mungkin terbawa-bawa sehingga alam dewasa kerana ia jelas berbeza dari segi pemikiran dan cara hidup.
“Ini adalah alasan paling salah serta tidak logik diterima akal kerana perkahwinan terbabit pasti tidak berlaku, malah tidak mungkin mereka berupaya mempunyai zuriat jika benar suami memang terpengaruh dengan sejarah lampaunya itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai pengakuan seorang isteri beranak dua yang mendakwa kesal dengan rumah tangganya apabila suami didapati berlaku curang.
Lebih menyedihkan, suaminya dikatakan bukan menjalin hubungan dengan perempuan sebaliknya kaum sejenis yang dipercayai sudah berlarutan sejak lapan bulan lalu .
Dr Rubiah berkata, bagaimanapun, isteri masih boleh menyelamatkan perkahwinan dengan mengajak suami berjumpa kaunselor atau ustaz bagi merawat masalah itu serta berbincang dengan ahli keluarga terdekat.
Katanya, selagi boleh, rumah tangga tetap perlu dipelihara bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa dan menerima kesan
No comments:
Post a Comment