KLANG: Suradi Daruis, 43, yang diisytihar bankrap Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) akibat kegagalan melangsaikan baki hutang pinjaman kereta RM150 kemudian dipenjara 25 hari, sekali lagi dirundung malang apabila ditimpa kemalangan, malam kelmarin.
Mangsa yang baru saja dibebaskan dari Penjara Kajang pada 21 Oktober lalu, kini dilaporkan koma dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 8, Bukit Kemuning, dekat sini, pada jam 8.45 malam.
Mangsa yang cedera parah di tulang rusuk dan perut perlu mendapatkan rawatan bagi mengeluarkan darah beku.
Dalam kemalangan itu dia dikatakan gagal mengawal motosikal sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terpelanting di atas kereta Proton Saga di laluan bertentangan dari Klang ke Seri Muda.
Isterinya, Rosnah Mohd Sailan, 43, berkata, Suradi ketika itu menaiki motosikal jenis Yamaha LC berseorangan dalam perjalanan balik dari tempat kerja di Seksyen 26 ke rumah mereka di Lot 2936, Jalan Rezab Buang, Batu 6 Jalan Kebun, 5 kilometer dari tempat kejadian.
Mangsa bekerja sebagai penyelia stor kilang.
“Sebelum kejadian itu, suami menelefon saya mengatakan dia nak balik rumah tetapi hujan sangat lebat.
“Selepas perbualan itu, saya ke pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Jalan Kebun menguruskan dokumen bantuan zakat kami sekeluarga.
“Tiba-tiba anak menelefon dari rumah menyuruh saya pulang segera kerana sepasang suami isteri baik hati datang ke rumah memberitahu suami saya kemalangan,” katanya ketika ditemui di HTAR, semalam.
Menurutnya, pasangan suami isteri itu memberitahu Suradi ditemui terbaring di laluan bertentangan dalam keadaan berdarah dan tak sedarkan diri.
“Pasangan suami isteri berhati mulia itu datang ke rumah kami mungkin selepas melihat alamat rumah yang tertera di MyKad suami dan kemudian mereka balik apabila memaklumkan tempat kemalangan kepada kami.
“Setiba saja di tempat kemalangan, suami tak ada di situ dan melihat motosikal suami yang remuk teruk bahagian depan,” katanya.
Menurutnya, orang ramai di tempat kejadian memberitahu Suradi sudah dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Sebelum kemalangan itu, kata Rosnah, suaminya stertekan apabila teringatkan kisah pahit dipenjara.
“Suami selalu menyatakan kesyukuran kerana majikan menerimanya kembali untuk bekerja. Sebab itu walaupun majikan beri pelepasan boleh masuk kerja selepas cuti Deepavali tetapi dia berkeras nak bekerja dua hari keluar dari penjara.
“Fikirannya tak tenteram sebab sudah terlampau lama tinggalkan kerja. Dia trauma dan bertekad bekerja keras nak tampung semula apa yang sudah ditinggalkan.
“Malah, sehari sebelum kemalangan suami pulang jam 2 pagi. Suami terlalu nak bagi komitmen kepada kerja, tak sangka pula dia kemalangan,” katanya yang berharap Suradi segera sembuh kerana dia dan tiga anak iaitu Fatin Athira, 17; Nur Fatihah, 15, dan Firdaus, 12, sayangkan Suradi.
Turut menziarahi Suradi di HTAR semalam wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Latif Bakar.
Latif berkata, pihaknya menyumbang duit zakat RM500 dan cuba mendapatkan sumbangan zakat bagi asnaf secara bulanan kepada mangsa.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian
No comments:
Post a Comment