Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

01 November, 2011

'Selamat tinggal Terengganu'


IRFAN (kanan) mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang ditawarkan PBSNT selepas dua musim membimbing Terengganu.



TEKA-TEKI mengenai masa depan jurula- tih, Irfan Bakti bersama pasukan Terengganu akhirnya terjawab.
Semalam, pengendali kelahiran Kelantan itu mengesahkan bahawa beliau tidak akan bersama skuad Penyu lagi.
Irfan mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang ditawarkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBS- NT).
Keputusan mengejut itu dibuat kurang dua hari selepas Terengganu gagal menjuarai Piala Malaysia setelah tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Menurut Irfan yang baru dua musim bersama Terengganu, keputusan yang dibuatnya itu adalah atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.
"Selepas berbincang dengan PBSNT, saya membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak dua tahun yang ditawarkan sebelum ini.
"Ia memang sukar tetapi saya terpaksa membuatnya juga kerana saya inginkan cabaran baharu bersama pasukan lain," kata Irfan kepada Kosmo! semalam.
Dalam nada sebak, Irfan turut mengakui, keputusan itu sesuatu yang sukar untuk di- lakukannya selepas melihat kebangkitan yang dipamerkan Terengganu sepanjang musim lalu.
Malah, beliau secara terbuka mendedahkan, pasukan Terengganu merupakan pasu- kan terbaik yang pernah dibimbingnya sejak menjadi jurulatih lebih 20 tahun lalu.
"Daripada penjaga gol sehinggalah kepada barisan penyerang, Terengganu memiliki pakej yang cukup lengkap.
"Saya sayangkan pasukan ini dan saya sayangkan pemain-pemain saya. Mereka te- lah memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang dua musim saya berada di sini," ujarnya yang mempunyai kontrak sehingga 31 November ini.
Ditanya adakah faktor dalaman mendorong keputusannya untuk menarik diri, Irfan enggan mengulas sebaliknya memberi alasan inginkan cabaran baharu.
"Saya tiada masalah dengan pasukan tetapi saya cuma inginkan cabaran. Saya juga ada hati dan perasaan seperti orang lain, jadi biarkan keputusan ini dihormati," jelas- nya.
Dalam pada itu, Irfan yang menggantikan Ken Worden sebagai jurulatih Terengganu pada awal musim 2010, tidak menafikan yang beliau memang ada menerima tawa- ran daripada pasukan lain.
Namun, bekas pengendali skuad Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Telekom Melaka itu masih belum bersedia untuk mendedahkan pasukan yang bakal disertainya pada musim depan.
"Perkara itu masih awal dan biarlah saya selesaikan dulu. Apa yang ingin saya kata- kan ialah saya cuma inginkan cabaran baharu bersama pasukan baharu," jelasnya.
Untuk rekod, Irfan berjaya membawa ke- gemilangan dalam pasukan Terengganu musim ini apabila membantu skuad Penyu itu muncul juara Piala FA.
Selain itu, beliau turut bertanggungjawab menghadiahkan dua gelaran naib juara buat Terengganu, masing-masing dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...