KUALA LUMPUR: Tiada agama membenarkan perlakuan seks bebas dalam masyarakat. Itu pandangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili tiga agama utama di negara ini yang mengecam hebat program Seksualiti Merdeka 2011 atau Perhimpunan Seks Bebas diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Perhimpunan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia itu dianggap sebagai tidak relevan malah bertentangan dengan pegangan mana-mana agama di negara ini.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, perhimpunan itu jelas memperlihatkan minda masyarakat yang tidak bertamadun dan tersasar dari norma hidup manusia.
“Program ini seolah-olah meletakkan manusia lebih hina daripada haiwan apabila cuba menghalalkan perlakuan yang nyata keji di sisi mana-mana agama.
“Bahkan, penganjur yang sepatutnya lebih tahu mengenai selok-belok undang-undang seakan-akan lupa undang-undang negara melarang sebarang hubungan di luar tabii,” katanya.
Presiden merangkap Pengasas Persatuan Progresif India Malaysia, Raja Retinam pula berkata, perjuangan itu bertentangan sama sekali dengan budaya ketimuran negara ini serta bercanggah dengan prinsip agama Hindu sendiri.
“Perkara ini boleh dikatakan sebagai cubaan mengganggu-gugat keamanan negara selain cuba menyokong gejala yang nyata tidak sesuai dengan cara hidup kita.
“Tiada kebebasan mutlak dalam mana-mana negara di dunia ini. Jadi, penganjur jangan sesekali menggunakan istilah kebebasan sebagai senjata untuk melaungkan sesuatu yang tidak logik diamalkan di sini,” katanya
Pengerusi Persatuan Persaudaraan Paderi Kristian Klang, Gary Yeoh Siok Earn, berkata penganjuran perhimpunan itu dilihat melampau kerana di negara ini golongan lesbian, biseksual, gay dan transgender (LBGT) tidak pernah didiskriminasi apabila wujudnya kesamarataan dalam peluang pekerjaan.
“Tidak mustahil golongan ini akan lebih berani mendedahkan pergaulan mereka secara terbuka kelak sekali gus memberi impak negatif kepada keseluruhan institusi masyarakat sekiranya kita menuruti kemahuan mereka apatah lagi disokong pihak tertentu

No comments:
Post a Comment