Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

04 November, 2011

‘Mati’ 9 jam lebih lewat

JOHOR BAHRU: Ahli keluarga kontraktor pendawaian, M Rajandran, 50, yang mati ditetak di Taman Rinting, Masai di sini, malam kelmarin mendakwa menerima panggilan telefon misteri yang memaklumkan mengenai kematian mangsa terlebih awal iaitu pada kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.
Anak saudara mangsa yang mahu dikenali Pushpa, 28, berkata, dia menerima panggilan telefon itu daripada seorang yang tidak dikenali.
“Saya menerima panggilan itu pada jam 11.30 pagi, tapi sebaik saya tiba di rumahnya kira-kira jam 9 malam, saya dimaklumkan dia baru mati akibat dibunuh pada jam 8.25 malam,” katanya.

“Saya percaya panggilan itu mungkin dilakukan individu yang mempunyai kaitan dengan pembunuhan bapa saudara saya,” katanya ketika ditemui, semalam.


Pushpa berkata, dia sedih kerana sudah memaklumkan kepada bapa saudaranya itu untuk menyambut Deepavali bersamanya walaupun agak lewat pada minggu ini dan tidak sangka mangsa mati dibunuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...