Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

02 November, 2011

Bob Lokman kena waran tangkap

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara, Bob Lokman, Jumaat lalu berikutan kegagalannya hadir memberi keterangan di pejabat pihak berkuasa agama itu sebelum ini.
Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, pihaknya berusaha mengesan lokasi sebenar Bob Lokman atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman, 47, dan hanya menunggu masa untuk menahannya.

“Kami masih mengesan lokasi sebenar beliau dan sekiranya beliau berada di Selangor, kami akan menahannya serta-merta kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah tanpa tauliah,” katanya ketika ditemui pada Seminar Hukuman Alternatif: Pelaksanaan dan Keberkesanan, di sini, semalam.
Kira-kira 500 peserta menghadiri seminar itu.

Empat kertas kerja dibentangkan pada seminar itu oleh Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Syariah dan Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Siti ZUbaidah Ismail; Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Asmadi Hussin; Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa dan Penolong Ketua Sesyen Parol Jabatan Penjara Malaysia, PKP Norwati Isa.

Bob Lokman sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, 10 Oktober lalu.
Dia kemudian dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis.

Bob Lokman boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan mengikut seksyen itu, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...