Tidak dinafikan, rata-rata isteri di luar sana berhadapan masalah untuk mengajak suami melakukan hubungan intim. Biarpun berbelas tahun perkahwinan, tetapi masih ada yang segan untuk membuat permintaan.
Mungkin sudah banyak cara dipraktikkan tetapi belum bertemu jalan penyelesaian. Sudahnya, tunggu sahaja ‘pelawaan’ daripada suami dari ‘meminta’ sendiri. Buntu dengan apa yang berlaku, MW ada caranya.
Cicirkan Pakaian Dalam Di Bilik Tidur
Isteri sukar membuat ‘permintaan’ malah untuk melafazkannya terasa bagai ada batu tersekat di kerongkong. Kerana itulah maka anda boleh praktikkan cara meninggalkan
pakaian dalam di tempat tidur. Mungkin dengan cara tersebut suami akan beri perhatian sekali gus membangkitkan rasa ghairah melihatkan ‘barang’ peninggalan anda. Secara tidak langsung dia menerima isyarat bahawa isterinya inginkan ‘sesuatu’.

Gunakan Pakaian Yang Jarang Dan Seksi
Tidak salah jika sesekali anda mengenakan baju yang seksi bagi menarik perhatian suami. Lebih elok kalau kainnya jarang dan menampakkan bentuk tubuh. Pasti menggiurkan. Jangan lupa, semburkan sedikit wangian bagi membangkitkan keghairahan sensual di waktu itu. Jangan terlalu ‘membuka’ sebaliknya simpan ‘bahagian-bahagian’ tertentu untuk aktiviti selanjutnya.

Bijak Gunakan Bahasa Tubuh
Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan intim, sebaik-baiknya pakailah pakaian di hadapan suami. Dari pakaian dalam hinggalah ke ‘uniform rasmi’, sarungkan di hadapannya agar bangkit keinginan untuk bersama. Sambil-sambil itu usaplah bahagian ‘panas’ di tubuh anda perlahan-lahan bagi menaikkan nafsu syahwatnya kerana ada segelintir suami yang gemar melihat isteri beraksi demikian.

Belai Suami Dengan Usapan Cinta
Hampiri suami di atas katil perlahan-lahan dan belailah wajah, telinga serta dada suami dengan lembut. Biarkan rambut anda mengurai ke tubuhnya agar suami berasa lebih seronok untuk melakukan hubungan ‘bersama’. Setelah itu, buat gigitan cinta di leher atau di bahagian yang dirasakan sesuai. Ini kerana, gigitan yang anda lakukan itu mampu merangsang nafsu pasangan untuk beraksi lebih panas.

Wujudkan Suasana Romantik
Bagi membangkitkan lagi suasana, alunkan irama romantik penuh klasik sewaktu berduaan di kamar peraduan. Disirami cahaya suram serta haruman yang mempesonakan, ‘aktiviti’ malam itu pasti lebih menyeronokkan. Usah terburu-buru, sebaliknya godalah pasangan anda dengan ciuman atau hembusan nafas ke telinganya bagi merangsang keinginan ‘berhubungan’. Dalam pada itu, jangan lupa untuk menatap mata suami anda dengan pandangan yang paling menggoda.

No comments:
Post a Comment