‘Saya bukan samseng’
IPOH: “Saya memendam kecewa apabila terus ditohmah dan dilabel samseng besar sejak empat tahun lalu. Saya bukan penjenayah mahupun gangster KL. Saya hanyamahuberamal,” pengakuan penyanyi rock terkenal tanah air, Awie, 43.
Menurutnya, walaupun lali dengan tomahan itu, namun hati kecilnya tersentuh apabila ada pihak memburuk-burukkan namanya.
Terbaru, ada pihak yang mempertikaikan tindakan pertubuhan Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) melantik Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman sebagai duta remaja pertubuhan itu bertujuan menarik minat remaja mendekati Islam.
“Allah s.w.t maha mengetahui niat dan tujuan sebenar. Saya tidak mahu ambil peduli apa kata orang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
“Allah s.w.t maha mengetahui niat dan tujuan sebenar. Saya tidak mahu ambil peduli apa kata orang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau yang pernah terbabit dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) berkata, lebih afdal masyarakat mengenali dirinya sebagai individu yang mampu menarik remaja Islam ke arah kebaikan
No comments:
Post a Comment