Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

05 August, 2011

Terlanjur Dengan Kakak , Nak Nikah Adik !!!!!

DANG Setia, saya berusia 25 tahun dan mempunyai teman wanita berusia 24 tahun. Saya merancang untuk berumah tangga selepas lima tahun bercinta tapi kekasih saya kata dia tidak bersedia. Namun tiga bulan lalu, saya sudah menghidu kecurangan kekasih saya terlanjur bersama rakan sekerjanya.
Saya menjadi sangat tertekan. Saya akui pernah terlanjur dengan kekasih beberapa kali, namun saya berazam untuk bertanggungjawab. Apabila kekasih saya tahu hubungannya diketahui, dia bersumpah dia tidak cintakan lelaki itu dan lakukan kerana nafsu.
Dia memberi alasan saya berada jauh daripadanya. Saya terkilan dengan pengakuannya. Saya memang sayangkan dia tetapi tidak dapat menerima perbuatannya. Kini saya hanya memendam rasa, dia cuba memenangi kembali hati saya tetapi saya tidak nampak keikhlasannya.

Jika saya putuskan hubungan dengannya kelak hubungan saya dan keluarganya juga terjejas. Pada masa sama, saya menaruh hati pada adiknya dan berhasrat untuk menikahi adiknya. Adiknya tidak membantah dan juga suarakan hasrat yang sama terhadap saya, apa nasihat Dang Setia?

ASRAF BUNTU Setiawan, Perak



BAGI Dang Setia saudara tidak dapat menerimanya kembali kerana sukar memaafkan perbuatan kekasih menjalin hubungan dengan lelaki lain. Namun tindakan saudara mengahwini adiknya bukan langkah bijak jika alasannya sekadar mahu mengekalkan hubungan baik dengan keluarga bekas kekasih.

Malah saudara pernah terlanjur dengan kekasih saudara beberapa kali membuatkan Dang Setia berasa langkah itu ibarat keluar mulut harimau meniti mulut buaya. Yang pasti ia bukan perkara wajar dilakukan.

Dang Setia bimbang kelak, kisah silam saudara dengannya akan dibuka satu persatu akhirnya menimbulkan konflik sebaik saudara menikahi adiknya. Ini kerana bekas kekasih menyimpan harapan kembali bersama saudara.

Berkemungkinan saudara akan menyebabkan hubungan persaudaraan antara adik dan kakak berantakan dan keseluruhannya keluarganya pasti turut terkesan dengan tindakan saudara.

Adakah adiknya tahu sejauh mana hubungan saudara sehingga terlanjur dengan kakaknya? Dang Setia sarankan saudara leraikan kekusutan hubungan dengan kekasih saudara dulu. Nyatakan saudara tidak mungkin menyambung kembali hubungan lalu.

Saudara tidak dapat menerima kerana tidak percaya kepada dirinya lagi. Saudara juga perlu berterus terang dengan adiknya bagaimana hubungan cinta saudara dan kakaknya. Jika si adik masih menerima saudara, saudara perlu melindungi perkahwinan daripada diancam sejarah hitam cinta lalu.

Sentiasa ingatkan badai yang bakal melanda dalam alam rumah tangga, jika saudara dan dia masih ingin meneruskan rancangan hidup bersama. Disamping itu pohonlah taubat kerana saudara hanyut dalam bercinta sehingga terlanjur dengan pasangan. Ambil iktibar pengalaman perit bercinta sebagai balasan atas noda lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...