Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

05 August, 2011

Isteri Orang Cumbu rayu dengan kekasih gelap

SAYA sudah berkahwin dan ada seorang anak. Baru-baru ini, saya berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman Facebook. Dia tahu status saya dan tidak kisah berkawan dengan saya.
Dia duda dan anak lelakinya masih bersekolah. Perhatian dan layanannya pada saya melebihi layanan yang saya peroleh daripada suami.
Namun, suami tidak tahu mengenai kekasih gelap saya. Malah kami tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berbual melalui telefon dan laman sosial. Saya kadangkala rasa bersalah dengan suami kerana dia terlalu baik dengan saya.

Dia tidak pernah gagal menurut kehendak saya tetapi begitu juga kekasih gelap saya. Apa saja yang saya minta pasti akan ditunaikan mereka berdua. Saya keliru.

Saya sayangkan suami dan pada masa sama saya turut cintakan lelaki berkenaan. Saya pernah menyatakan kepada kekasih saya, dia tidak perlu menunggu saya kerana saya sayangkan suami saya.
Namun, dia tetap berkeras untuk menunggu saya dan sanggup datang dari jauh semata-mata memujuk saya supaya tidak meninggalkan dirinya. Sehingga kini saya berusaha mengawal diri untuk tidak bertemu dengannya.

AZWA
Penaga, Pulau Pinang



TIDAK seharusnya saudari keliru. Ini kerana jelas saudari tahu yang mana sebenarnya benda yang baik mahupun elok buat diri saudari.

Saudari sudah menolak pelawaan untuk bersama kekasih gelap dan setia bersama suami. Memang itu tindakan paling tepat dan Dang Setia menyetujuinya.

Bukan saja tepat menerusi penilaian agama dan moral, malah di segi rasional juga lebih menyebelahi keputusan terus bersama suami.

Tergamakkah saudari mempersia-siakan suami yang tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap saudari?

Malah, mempunyai anak juga menjadi sebab untuk saudari kekal dan setia kepada suami. Jika saudari mengambil keputusan untuk bersama kekasih, sudah pasti hubungan bapa dan anak juga terjejas kerana dorongan nafsu saudari yang haloba.

Saudari perlu tangani segera kekeliruan ini supaya ia tidak terus menghantui hidup. Paling utama, saudari perlu putus hubungan dengan bekas secara total. Dan tidak lagi mempunyai sebarang ikatan, baik melalui telefon mahupun laman sosial.

Pergi jauh daripada kekasih gelap dan cuba lebih rapat dengan suami. Banyakkan masa berbual dan cuba semai kasih sedia ada supaya lebih subur dan insya-Allah, hubungan ini lebih diredai Allah berbanding jalan satu lagi.

Ingatlah, tempat Isteri solehah dan kehormatan seorang wanita ialah di sisi suami. Malah, Islam memartabatkan isteri menjaga suaminya seperti diungkap dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar, Nabi SAW bersabda:
“Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran tetapi sangat sedikit di kalangan isteri-isteri yang menyempurnakan hak- hak suami mereka.” (HR. al-Imam Bazzar)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...