Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

05 August, 2011

Suami Suka Melayan Wanita Lain !!!!!!

SAYA dan suami berkahwin tahun lalu selepas bercinta lima tahun. Ketika bercinta, kami pernah bergaduh besar beberapa kali. Ia berpunca daripada sikapnya yang suka melayan wanita lain.
Bila saya tegur, dia kata saya tidak percayakan dia. Bila sudah percaya, dia pula berlaku curang. Namun hubungan kami tetap kukuh sebab dia menyayangi dan menjaga keperluan saya.
Sehingga kini kami hidup bahagia walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, semuanya berubah apabila saya menemui komen suami dalam laman sosial Facebook.

Saya menggunakan tanda pengenalan suami dan terjumpa mesej perbualan lama yang masih tersimpan dalam peti simpanan e-mel.

Saya kecewa dan marah sebaik meneliti semua perbualannya dengan beberapa wanita kerana semuanya berbaur seks. Esoknya saya tergerak hati memeriksa e-mel dia yang lain. Kali ini lebih ramai gadis dilayan dalam lama sosial maya itu.

Daripada mesej yang ditemui, ternyata suami saya cuba mengurat semua wanita berkenaan. Saya sangat sedih dan tertekan sebab tiada tempat mengadu.

Nak diceritakan kepada keluarga, saya berasa malu. Pada masa sama saya rasa tertipu, seolah-olah dia mempunyai dua personaliti berbeza.

Dia juga mengaku pernah keluar temu janji dengan wanita lain. Dia berjanji tidak mengulangi lagi perbuatan itu dan memohon maaf.

Saya maafkan tapi sukar mempercayainya kerana dia kaki perempuan. Saya percaya tabiat ini bermula sejak dulu dan sukar dikikis hingga ke hari ini. Dia suami yang baik di segi nafkah dan menjaga keselamatan saya. Cuma saya kurang pasti dengan kesetiaannya.

MAI
Maran, Pahang



Dalam memastikan hubungan suami isteri terus harmoni, tidak semestinya sekadar nafkah dan mengasihi pasangan saja. Sebaliknya, kejujuran dan taat setia antara suami isteri nilai penting dalam memastikan hubungan itu kekal.

Sepatutnya membawa gelaran suami atau isteri dapat membantu membataskan diri daripada perbuatan mungkar dan menjaga individu itu daripada terus terjerumus dalam kemaksiatan.

Namun, itu yang dikesalkan Dang Setia, mengapa suami lebih senang bermesra wanita bukan muhrimnya, sedangkan dia mempunyai isteri yang halal baginya.

Dang Setia bimbang perkahwinan diharap berkekalan ke anak cucu rapuh di pertengahan jalan kerana tabiat buruk suami.

Untuk itu saudari perlu berdepan suami dan berbincang daripada hati ke hati. Luahkan kekecewaan saudari terhadap sikapnya.

Tanyakan pendapat suami, adakah dia rela jika saudari menjalin hubungan dengan lelaki lain ketika saudari masih isterinya. Sudah pasti tindakan suami merelakan isteri bersama lelaki lain disamakan dengan dayus.

Bagaimana pula gelaran wanita merelakan suaminya bermesra di luar. Jika dia nyatakan kesediaan untuk berubah, bantulah dan maafkan.

Kadangkala peluang kedua mendatangkan kebahagiaan lebih besar kepada mereka yang sabar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...