Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

04 August, 2011

Projek milik isteri


GEORGETOWN - Seorang kontraktor menafikan dakwaan kononnya anak beliau yang berusia 19 tahun mendapat projek bernilai RM1 juta daripada Kerajaan Pulau Pinang untuk membina sebuah sekolah agama di sini.

Abdul Wahab Abdullah berkata, anak lelakinya, Nursufi, hanya bertindak sebagai pengurus projek pembinaan sekolah agama dua tingkat di Batu Maung itu.

“Projek itu diperoleh oleh Syarikat Syamir dan ia adalah projek isteri saya, Rozidah Omar. Projek ini bukan bernilai RM1 juta seperti yang dilaporkan dalam akhbar sebaliknya bernilai kira-kira RM500,000 sahaja,” katanya.

Katanya, projek berkenaan telah siap akhir tahun lepas.

Sebuah akhbar semalam melaporkan pelajar sebuah kolej, Nursufi Abdul Wahab yang baru berumur 19 tahun, berjaya memperoleh projek bernilai RM1 juta daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang dalam satu kenyataan akhbar, kelmarin.

Cheng Liang dilaporkan mempertikai ketelusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam pengagihan projek di negeri itu dan mendakwa hanya 0.2 peratus projek diberikan kepada bukan Bumiputera sejak 2008.

Abdul Wahab berkata, beliau dan isteri sedang memberi pendedahan kepada Nursufi dalam bidang perniagaan.

“Dia sedang belajar di Kolej Damansara Utama dalam jurusan perniagaan. Projek itu untuk dia belajar serba sedikit dalam bidang itu,” katanya.

Anaknya juga tidak mempunyai lesen kontraktor Kelas D seperti yang dilaporkan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...