Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

04 August, 2011

Lafaz cerai perlu jelas

BARU-BARU ini saya telah terlafaz cerai terhadap isteri saya ketika dalam keadaan marah. Adakah jatuh talak pada isteri saya?
JAWAPAN:
Pasangan suami isteri yang telah diijabkabulkan dengan cara yang sah dari segi syarak mempunyai tanggungjawab terhadap rumah tangga yang telah dibina.
Walaupun Islam menetapkan talak itu di bawah kuasa suami namun, secara umumnya talak tersebut jatuh sekiranya ia dilafazkan dengan lafaz yang sorih (jelas) sekalipun tanpa niat dan dalam keadaan marah yang biasa, dilafazkan oleh suami yang berakal, baligh dan dengan pilihan sendiri.
Talak bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Ini selaras dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Tiga perkara yang sekiranya dibuat sungguh-sungguh atau mempermain-mainkannya akan terjadi iaitu nikah, talak dan rujuk (Hadith riwayat al-Tirmizi,Abu Daud dan Ibnu Majah).
Oleh itu anda dinasihatkan merujuk ke Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk membuat pengesahan lafaz cerai tersebut dengan segera. Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan sesuatu lafaz talak itu sama ada jatuh atau tidak.
Walaupun perceraian diharuskan syarak, langkah bijak perlu diambil bagi mengelak daripada berlakunya konflik yang boleh membawa kepada perceraian. Antaranya:
i) Pasangan perlu sentiasa bersikap terbuka apabila berdepan dengan sesuatu isu atau masalah, tidak mudah melenting, segera meminta maaf bila menyedari kesalahan diri dan sentiasa bertolak ansur di dalam rumah tangga.
ii) Amalkan teknik komunikasi berkesan dalam pergaulan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud "... dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik"(al Baqarah : 19)
iii) Menerima pasangan seadanya iaitu suami atau isteri perlu mengakui kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangan mereka.

Binaan Pada Kubur
KINI banyak kubur yang dikelilingi dengan batu-bata malah, ada yang membina kubur ahli keluarga dengan marmar dan membuat bumbung. Apakah hukumnya membina kubur? Adakah boleh dicantikkan atau dibiarkan kosong hanya berbatu nisan sahaja?
JAWAPAN:
Berdasarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bermesyuarat pada 25 Mei 2010 telah memutuskan tetap berpegang kepada keputusan yang dibuat pada 26 Mei 1976 berkaitan hukum membuat binaan di atas kubur:
i. Haram dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang tanah kubur itu dimiliki oleh orang yang telah membuat binaan tersebut. Hukumnya harus jika membuat binaan yang bertujuan menyelamatkan kubur itu daripada digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir atau seumpamanya.
ii. Haram dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang kekal selepas hancur mayat tanpa tujuan seperti di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang diwakafkan untuk perkuburan dan wajib dirobohkan binaan tersebut kerana ia menghalang orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu. Bagi meruntuhkan binaan tersebut mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran kadi atau kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah kerana dikhuatiri berlaku perbalahan, pergaduhan dan sebagainya. Batu-batu dan perkakas-perkakas binaan menjadi hak milik waris-warisnya atau sekiranya waris enggan mengambilnya maka ia menjadi hak Baitulmal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...