Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

07 April, 2011

Apr 7, 2011 [RESEPI ] - AYAM LEMON & MEE HOKKIEN

AYAM LEMON
BAHAN – BAHAN :
1 keping ayam
3 sudu sos lemon
2 sudu perahan limau kasturi
Bahan untuk salutan:
1 sudu tepung jagung
2 sudu tepung ubi
1/2 sudu tepung kek
1/2 sudu tepung naik sendiri
Air
BAHAN UNTUK PERASA :
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
Sedikit stok ayam
Sedikit lada sulah
CARA MEMBUAT :
1. Bersihkan ayam dan perapkan dengan bahan perasa selama lima minit.
2. Kemudian, gaulkan dengan pelbagai jenis tepung yang telah dibancuh bersama air. Goreng hingga warna keemasan. Potong kecil.
3. Siramkan ayam yang telah digoreng dengan sos lemon dan perahan limau kasturi. Sedia untuk dinikmati.

 
MI HOKKIEN
BAHAN – BAHAN :
500 gm mi hokkien / mi tebal
50 gm sawi
50 gm kubis
1 sudu bawang putih } dicincang halus
2 mangkuk sup
3 ekor udang saiz sederhana
5 keping hirisan kecil ayam
BAHAN UNTUK PERASA :
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil kicap
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil stok ayam
1/2 sudu kecil minyak bijan
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan hirisan ayam dan udang.
3. Masukkan sup dan biarkan hingga mendidih.
4. Kemudian, masukkan mi, sawi dan kubis.
5. Sebatikan dengan bahan untuk perasa.
6. Tutup kuali tiga hingga lima minit untuk keringkan sup.
7. Tambah sedikit minyak masak.
8. Kuatkan api hingga kuah kering.
9. Sedia untuk dihidangkan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...