Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

15 March, 2011

Mar 15, 2011 [RESEPI] - NASI ARAB & AYAM BAKAR KUAH PERCIK

NASI ARAB
BAHAN-BAHAN A :
500 gram beras
3 biji cili hijau
2 biji tomato
700 ml air
BAHAN-BAHAN B – REMPAH
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu teh tomato puri
4 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh jintan manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Rempah kari

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan-bahan B, tomato dan cili hijau.
2. Kemudian masukkan air.
3. Masukkan beras kemudian biar sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

AYAM BAKAR KUAH PERCIK
BAHAN-BAHAN A :
500 gram dada ayam
4 biji bawang merah
2 cm halia
1 sudu teh cili kisar
BAHAN-BAHAN B :
250 ml santan
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT :
1. Gaulkan ayam bersama bahan A yang lain selama 1 jam.
2. Selepas itu bakar sehingga masak. Ketepikan.
3. Dalam pada itu panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan B yang dikisar sehingga kekuningan.
4. Masukkan santan dan kacau.
5. Masukkan garam secukup rasa dan tuang di atas ayam yang dibakar tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...