Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani,
antaranya:
- Jangan kerap
bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani
makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani
lebih mantap.
- Elak tabiat
merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap
hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang
menghasilkan air mani.
- Lakukan
senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam
otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
- Makan makanan
berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein,
sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan
kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
- Elakkan buah
zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma.
Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek 'boxer' dan elak sauna atau
merendam badan dalam air panas.
- Kurangkan
berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu
kestabilan hormon testosterone.
- Belajar
mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana
tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.
- Dapatkan
urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta
mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang
lebih.
- Makan makanan
tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan
sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan
kilang sperma. Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan ekstrak
standard Tongkat Ali semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon
testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan
pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.
- Lakukan
hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah
mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan
air mani. Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun
dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.
No comments:
Post a Comment