Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

09 May, 2012

Awas, Suami Pun Boleh Menopause Sehingga Malas Berhubungan Seks!


Penurunan libido tidak hanya dialami oleh wanita saja. Lelaki pun boleh mengalami penurunan libido atau disebut andropause.
Apabila seorang wanita akan mengalami menopause, iaitu turunnya kadar estrogen yang menyebabkan seorang wanita tidak subur lagi, maka pada lelaki juga terjadi hal yang sama. Penurunan libido tersebut dapat disebut andropause.
Menurut dr. Vanda Mustika, perunding seks wolipop, andropause adalah turunnya kadar androgen yang menyebabkan seorang lelaki mengalami penurunan kesuburan seiring dengan berjalannya waktu. Pada lelaki yang usianya diatas 50 tahun akan mengalami penurunan volume testis iaitu, penurunan kadar testosteron yang juga menyebabkan penurunan jumlah sperma.
Namun, andropause tidak sepenuhnya sama dengan menopause. Ketika menopause, sel telur tidak akan dihasilkan lagi. Berbeza dengan andropause, sperma masih tetap akan dihasilkan, hanya saja kualiti dan kuantiti mengalami penurunan.
Dr. Michael A. Werner, seorang ahli urologi memaparkan Dalam websitenya apa saja gejala dari andropause ini:
1. Kehilangan ghairah seksual dan kemampuan untuk ereksi.
2. Lelaki yang mengalami andropause juga akan mudah lelah, kemampuan intelektual menurun, kemurungan dan marah.
3. Indeks massa tubuhnya menurun. Jisim dan kekuatan otot lelaki tersebut juga menurun.
4. Rambut di tubuh mengalami keguguran.
5. Osteoporosis, sehingga mudah patah tulangnya.
6. Jumlah lemak di organ dalam bertambah.
Doktor Vanda Mustika menyarankan, jika anda masih menginginkan keturunan di usia pertengahan, tidak ada salahnya untuk meminta suami memeriksa kualiti dan kuantiti spermanya. Jangan lupa untuk menanyakan kesediaan suami terlebih dahulu sebelum melakukan pemeriksaan ini.
Pemeriksaan ini boleh dilakukan di makmal klinik tempatan atau doktor andrologi. Bila ternyata hasilnya terdapat penurunan kualiti dan kuantiti sperma, jangan bimbang, ada beberapa jenis ubat-ubatan dan suplemen dari doktor andrologi yang boleh membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma si suami. – Wolipop

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...