12 May 2012
Perdana
 Menteri yang baru-baru mengajar rakyat dengan bahasa kesat dan kurang 
ajar bakal berhadapan dengan saman rakyatnya sendiri jika tidak menarik 
balik kata-katanya yang menyifatkan peneroka yang menentang penyenaraian
 Felda di Bursa KL sebagai Haram Jadah.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis 'menyogok' peneroka di Jengka 8 baru-baru ini. Kata-kata kurang ajar tersebut tidak patut keluar dari mulut seorang Perdana Menteri yang sepatutnya menunjukkan suri teladan yang baik kepada rakyat. Kalau pun ya terlalu marah kepada rakyat sendiri sepatutnya beliau tenang dan 'cool' sahaja bukannya marah-marah seperti itu.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman
 kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis 
Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.
Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.
Beliau berkata, ‘haram jadah’ dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar 
Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan 
Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak 
dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh 
ikutan rakyat.
“Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf 
secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian 
FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai,” ujarnya.
Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang 
terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu 
seperti Felda.
Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf 
oleh PM dan jika gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan.


No comments:
Post a Comment