| Bekas
  Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan
  semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih
  pemimpin Pakatan Rakyat. | 
  |  | 
  | Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
  Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri
  Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan
  penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata
  Ling. | 
  |  | 
  | "Secara umumnya, orang Cina tidak
  memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN)
  mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan
  negeri). | 
  |  | 
  | "Pilihan raya umum kali ini adalah amat
  sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan
  telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku
  sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa
  Cina, Sin Chew Daily. | 
  |  | 
  | Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua
  Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN
  bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi
  juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan. | 
  |  | 
  | Selepas menerajui MCA selama 17 tahun
  (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat
  bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan
  mendapatkan semula majoriti dua pertiga. | 
  |  | 
  | Berbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr
  Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti
  itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003. | 
  |  | 
  | Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA
  Datuk Seri Dr Chua | 
  |  | 
  | Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau
  sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari
  oleh skandal DVD seks. | 
  |  | 
  | "Saya harap orang Cina boleh memberi
  respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...,"
  Ling dipetik berkata. | 
 
No comments:
Post a Comment