Pada 27 Jamadil Akhir 1433 H bersamaan 19 Mei 2012 yang lalu bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang telah berlangsung Wacana Santai bersama dengan Ustaz Azhar Idrus. Selain Ustaz Azhar, selebriti dan tokoh agama lain yang turut serta termasuklah Ali XPDC, Bob Lokman, John Spring, dan Sham Kamikaze.
Yang menariknya, program seumpama ini rasanya tidak pernah diadakan sebesar dan semeriah ini di Pulau Pinang semasa Gerakan dan UMNO memerintah negeri itu. Kalau diselidik, program berbentuk hiburan lebih banyak diadakan di negeri itu pada masa lalu. Jika ada program berbentuk agama, sambutannya jauh lebih kecil berbanding dengan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakata Rakyat.
Di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, Ketua Menterinya daripada DAP yang sering dimomokkan anti-Islam oleh pencacai UMNO, program agama yang turut melibatkan solat jemaah Maghrib dan Isyak secara berjemaah berjaya dianjurkan secara besar-besaran. Paling manis, program ini rata-ratanya dihadiri oleh golongan muda yang kini diancam dengan pelbagai masalah sosial.
Berdasarkan keterangan video, Ustaz Azhar turut memperlihatkan kemahirannya memetik gitar. Selain itu, selebriti undangan turut menyampaikan beberapa buah lagu untuk hiburan pengunjung program.
No comments:
Post a Comment