Paling
mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar
menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang
bertindak sebagai peguambela Anwar. |
|
Turut
mewakili Anwar adalah ahli parlimen Jelutong, Karpal Singh. |
|
Sementara
Azmin diwakili oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Latheefa
Koya mewakili CheguBard. |
|
Anwar
bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5
pada jam 9 pagi. |
|
Ketiga-tiga
mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang
diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan
mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah. |
|
Mereka
boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. |
|
Wakil
rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda
lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun. |
|
Mereka
dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa
mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah
Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan
kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan
Jalan Kelab. |
|
Mereka
didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28
April. |
|
Mereka
juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama
penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam
mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar
a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang
dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. |
|
Azmin
dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan
besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau
gaduh-gempur di kawasan tersebut. |
No comments:
Post a Comment