Pelakon
Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada
sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang
lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat
dipanggang api neraka yang amat dahsyat. |
|
“Yatt
menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita
tidak menutup aurat.” Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5
April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering
mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour
sebagai artis popular. “Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat
taubat.” |
|
Peliknya,
kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat
diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan
Allah sambil menangis. |
|
Dalam
sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat
diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka
yang amat mengerikan itu. |
|
“Yatt
nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.” “Semua wanita
itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan
memakai tudung.” Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang
dibaluti telekung hingga ke subuh. “Adalah menjadi kekuasaanNya apabila Dia
mengkehendaki terjadinya sesuatu itu, hanyalah Dia berfirman “Jadilah” maka
terjadilah ia |
No comments:
Post a Comment