Salam to all,
Hari ini kita di hujani dengan bermacam sms mahupun panggilan talifon,ia datang dari kawan-kawan mahupun saudara mara terdekat.Semuanya berkisar soal pembubaran DEWAN RAKYAT.Makin ramai ahli nujum negara kerana masing2 akan meneka tarikh pembubaran.Malaysia sememangnya negara pelik bin ajaib.Kerana di negara ini rakyt perlu menjadi AHLI NUJUM NEGARA baru akan tahu tarikh pilihanraya dan semestinya hanya ROSMAH yang tahu akan bilakah pilihanraya umum ke 13 akan berlaku.Negara jiran seperti THAILAND dan JEPUN sekalipun sudah tahu tarikh pilihanraya sebulan lebih awal.Janganlah di bandingkan dengan negara EROPAH yang lain nescaya melaysia negara paling HUDUH.
Tetapi PARTI POLITIK di MALAYSIA seakan sudah biasa dengan keadaan tersebut.Ketika ZAMAN PAK LAH BADAWI kisah teka meneka ini tidak pernah sunyi sehinggakan PAK LAH masih menafikan pembubaran DEWAN RAKYAT walaupun keesokkan harinya PAK LAH mengumumkan pembubaran DEWAN RAKYAT dan di turuti dengan DEWAN UNDANGAN NEGERI.Inilah wajah-wajah pemimpin yang takut akan bayang-bayang sendiri,kenapa perlu rahsia?takut parti lawan lebih bersedia?inilah yang di katakan cakap tak serupa bikin..
Setelah pakat-pakat meneka tarikh pilihanraya,rakyat juga tidak ketinggalan untuk bercakap soal calon BOLEH MENANG.Seorang tokoh UMNO KELANTAN pernah berkata 'umno boleh dapatkan calon yang boleh menang tetapi umno itu sendiri adakah parti yang boleh menang' terdiam juga orang umno jika dengar ungkapan yang seperti ini.Bercakap soal calon ia perlu fokus kepada pola pengundi dan kehendak pengundi di sesuatu kawasan mahupun negeri.Ada yang nak CALON TEMPATAN,CALON POPULAR dan tak kurang juga yang mahukan CALON DARI GOLONGAN ORANG MUDA.Inilah krateria-krateria yang rata-rata pengundi mahukan, tak kira parti mana sekalipun.Isu calon ini sememangnya hangat untk di perkatakan mahupun di bahaskan samada di internet ataupun PARLIMEN KEDAI KOPI.Di pihak PR semestinya calon yang BOLEH MENANGseharusnya di utamakan,maklumlah PKR adalah parti yang sebelum ini banyak memeningkan PARTI2 SAHABAT YANG LAIN dengan ISU ADUN dan MP lompat.PARTI KEADILAN RAKYAT di lihat telah dan sudah mengambil iktibar apa yang berlaku,ketika PRU 12 yang lalu tidak ada individu yang mahu menjadi calon mungkin kerana takut kalah.Jadi yang tinggal hanyalah individu yang pada mulanya nampak baik menjadi calon..Di negeri KEDAH khususnya peristiwa hitam memang sukar untuk dilupakan sehinggakan PARTI sahabat di dalam PR telah melahirkan rsa kurang senang sehinggakan ada yang mahu menukar kerusi ataupun mengambil kerusi dengana alasan KERUSI LOMPAT.Tetapi polimik itu sudah selesai dengan aman tanpa ada pepecahan.Untuk PARTI KEADILAN RAKYAT haruslah mengetengahkn CALON yang lebih baik dari sebelum ini,kita tidak lagi mahu melihat CALON yang hanya berdiam diri ataupun tidak bercakap ketika SIDANG DUN mahupun DEWAN RAKYAT seoalah2 YB RUBBER STAM.
Calon yang wajib di tampilkan oleh PARTI KEADILAN RAKYAT khusunya di KEDAH haruslah ia menepati citarasa pengundi dan suasana politik.Dalam suasana PASCA BERSIH 3.0 calon seharusnya kelihatan dan semestinya berani ke depan dan mempunyai naluri pejuang yang sejati,bukannya calon yang pandai berkata-kata tetapi BERSIH 3.0 pun tidak nampak muka.Ada pula yang sanggup tak tidur semata2 untuk melobi menjadi calon di kawasan tertentu.Lebih malang juga ada yang sudah meluahkan akan kesusahan dalm berjuang yang di katakn sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk berjuang tidak ketinggaln mengisi borang CALON.Individu-individu yang sebeginlah yang harus PARTI KEADILAN RAKYAT hindari kerana ia semestinya akan membawa bala yang besar kepada PARTI KEADILAN RAKYAT jika individu ini bergelar YB.Di fahamkan juga sudah ada pihak yang menunggu proses penamaan calon individu-individu tertentu untk menyaman kerana masalah hutang lampau dan akhirnya apabila menang mereka ini akan lompat seperti pengkhianat yang terdahulu,skripnya TETAP SAMA jika tidak berhati2.
Di negeri KEDAH bertiup kencang akan ada pimpinan kanan PARTI KEADILAN RAKYAT akan turun bertanding di beberapa kawasan parlimen di KEDAH.Sudah ada kemungkinan PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU dan PADANG SERAI akan di tandingi oleh PIMPINAN KANAN PARTI KEADILAN RAKYAT.Di khabarkan juga PARLIMEN PENDANG akan di tandingi oleh pimpinan kanan PARTI PAS.Ini sebenarnya khabar yang gembira untuk pengundi negeri KEDAH kerana ia akan memberi kesan kepada suasana politik itu sendiri.Bukannya menghalang pimpinan utama parti datang untuk bertanding di kawasan parlimen tertentu sehinggakan membuat kenyataan media,ia kelihatan begitu buruk di mata pengundi itu sendiri.
Semoga PIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT KEDAH dapat mengambil pengajaran dan mendengar nasihat agar peristiwa yang lalu tidak berulang.Program penerangan haruslah di perbanyakkan supaya maklumat sampai ke bawah dan memudahkan aktiviti penyebaran maklumat mudah untk di lakukan.Kepada KETUA-KETUA PENERANGAN PKR mahupun peringatkat negeri atau pun cabang mesti memperbanyakkan aktiviti ceramah kelompok dan edaran risalah isu semasa dan janganlah KETUA PENERANGAN menjadi tukang ikut pemimpin tanpa melakukan sebarang aktiviti atau program bagi menghadapi PRU 13 yang bakal tiba bila-bila masa.
MERAK BUIH
No comments:
Post a Comment