Click Here To Show Yr Support
Berita Panas Je !!!!!!!
22 February, 2012
"99.9% lelaki sejati tidak suka didahului wanita
Tertarik dgn komen: "99.9% lelaki sejati tidak suka didahului wanita walaupun dlm percakapan apatah lg pergerakan dan keputusan. isteri boleh fast n consistent tapi tidak boleh more than husband's expectation". Ada jg satu mesej: "puan menyerlah sgt sbb tu ex lepaskan puan..." Kedua2nya lanjutan perkongsian saya mengenai kes cerai saya hampir 4 thn lalu. Saya tak terkejut! Dah pernah dpt komen serupa sblm ini. Malah bbrp klien saya terima fitnah serupa. Maaf perlu saya katakan fitnah sbb ia tak benar. Pengalaman saya sendiri; tika bujang saya digelar Peguam Rugged sbb saya lasak bermotosikal walau ke Mahkamah Syariah. Tika bujang juga saya kerap muncul di Tv1, Tv3 dan Astro. Slps berkahwin, saya bukan lagi Peguam Rugged, ke Mahkamah bersama suami dan kerap juga naik bas, semata2 tak nak suami (seorang tentera) rasa tak selesa kerana saya lebih drpnya. Slps bersalinkan Suhail, saya tukar bidang kerja, tinggalkan kerjaya yg saya impikan sejak remaja semata2 dgn hasrat utk berikan tumpuan kpd suami dan anak2. Tapi saya mula tau 'dia' lalai, lari dr tugas. Dlm masa yg sama, kerjaya saya dgn sebuah sykt swasta bermasalah gaji hingga memaksa saya bangun seawal 5am utk sediakan jualan nasi lemak, bihun goreng dan kuih. Saya tak lagi muncul di TV, ada undangan ceramah tapi jarang dpt penuhi. Saya hanya aktif semula mulai April 2009, hampir setahun slps bercerai. Ya! Bila makin byk yg tak kena, saya mula ambil alih tgjwabnya mengetuai keluarga. Kalau saya tak buat keputusan, apa nak jadi dgn anak2 saya? Saya yakin, ramai lagi wanita lain kat luar sana bertindak serupa. Masihkah perlu disalahkan isteri yg berkorban demi untuk menyelamatkan perkahwinan kerana isteri lebih expose berbanding suami? Bersikap terbukalah! Wanita bukan untuk dianiayai malah punya hak utk setanding dgn lelaki. Kalau suami seorang yg bijak, kehebatan isteri sebenarnya adalah bonus yg boleh dihargai dan semestinya dibanggakan (",)
Labels:
MUTIARA KATA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment