Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

15 February, 2012

Isteri risau sukar melupakan kekasih bujang



SAYA berumur 26 tahun dan usia perkahwinan saya hampir lima tahun. Perkahwinan saya dan suami dikurniakan dua anak lelaki. Masalahnya, saya kini menjalin hubungan dengan lelaki bujang dikenali Z.
Z baru tamat pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan bakal bekerja dua bulan lagi. Kami berasal daripada negeri sama di pantai timur. 
Kami sangat rapat sehingga kerap bertemu. Andainya tidak berjumpa, kami berbalas mesej dan saling menghubungi. Dulu dia menjalani latihan amali di sebelah bangunan tempat saya bekerja. Mujur tempat kerja barunya jauh dan membantu menjarakkan hubungan kami.

Terus terang, untuk melupakannya adalah perkara paling sukar tetapi memikirkan suami sungguh baik dan penyayang, saya keliru dan rasa bersalah.
Z tahu saya isteri orang tapi masih berhubung serta meluahkan dia sukar meninggalkan saya, menyebabkan saya berat hati untuk meninggalkannya.

RANIA 
Ipoh, Perak
 


Dang Setia tidak menyangka kehidupan bahagia puan bersama suami sehingga dikurniakan dua anak belum cukup untuk puan bersyukur dan menjadi isteri setia. 

Malah, puan sanggup menghurung ‘bangkai’ metafora kepada hubungan curang kerana menjalin hubungan dengan lelaki tidak halal yang jelas membuatkan bau busuk itu terpalit akhirnya. 

Pada mulanya bau busuk itu mungkin tidak terhidu tetapi jika kerap menghurung, ia pasti melekat dan dikesan suami. 

Justeru, Dang Setia sarankan puan tanam tekad untuk berubah. Hentikan apa juga yang menghasut puan beralih kepada ‘kekasih gelap’. 

Padamkan nombor telefonnya dan abaikan khabar mengenai dirinya supaya puan merencana ruang kembali kepada suami. 

Cubalah setia kerana kesan menjalin hubungan mesra dengan lelaki lain bukan saja melukakan hati suami, malah anak dan keluarga tidak ketinggalan menjadi mangsa. 

Bayangkan kejian serta tohmahan yang puan bakal terima kerana sudah bersuami tetapi masih mahu mencari cinta di luar. 

Sekurang-kurangnya puan menimbang semua kemungkinan terjadi kelak. Ia boleh membantu puan lebih cekal menahan diri daripada terus terjerumus dengan godaan nafsu yang jelas berniat mahu menghasut manusia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...