Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

15 February, 2012

Tragedi cemburu




NIBONG TEBAL: Perselisihan faham akibat perasaan cemburu sepasang suami isteri warga asing berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tapak projek Taman Jawi Golf, di sini, kelmarin.

Mangsa yang juga warga Myanmar, Aye Win, 33, didakwa dipukul suaminya dalam kejadian di kawasan tanah lapang tapak projek taman perumahan itu di Jalan Bukit Jawi Golf, kira-kira jam 5.30 petang.

Difahamkan, pasangan berkenaan yang bekerja sebagai buruh kontrak sebelum itu dilihat bertengkar oleh seorang pekerja lain di kawasan berkenaan.

Melihat pertengkaran pasangan terbabit semakin teruk apabila suami mangsa bertindak memukulnya menyebabkan pekerja itu mendapatkan penyelia tapak projek berkenaan bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Mereka bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah sebelum mengejarkannya ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, mangsa yang dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia tidak lama selepas mendapat rawatan di hospital itu.


Polis yang menerima maklumat kejadian itu jam 8.30 malam menjalankan siasatan di kawasan berkenaan sebelum menemui serpihan kayu beluti dengan kesan darah dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Suami mangsa berusia 37 tahun dikenali sebagai Paing Soe sudah tiada dipercayai melarikan diri ke kawasan semak tidak jauh dari tempat kejadian.

Berikutan itu, Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Siasatan Forensik dipanggil bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, polis percaya kejadian itu berkaitan masalah rumah tangga antara mangsa dan suaminya yang juga warga Myanmar.

Menurutnya, lelaki berkenaan kini diburu kerana dipercayai terbabit dalam kejadian itu sekali gus membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai masih lagi berada sekitar kawasan Nibong Tebal.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...