Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

21 February, 2012

Taktik Sorok Teman Wanita di dalam Tandas Tidak Menjadi




Saya petik:

[SH] Batu pahat – Taktik seorang lelaki menyembunyikan kekasihnya dalam tandas sebuah hotel tiga bintang di sini tidak menjadi selepas penguat kuasa jabatan agama daerah menjumpai sepasang kasut wanita di bilik berkenaan.

Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohad Sopah, berkata, penemuan kasut wanita itu menyebabkan pihaknya memeriksa keseluruhan bilik dan menemui seorang gadis di dalam tandas bilik itu.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan kira-kira jam 4 pagi semalam, lelaki berusia 23 tahun itu pada mulanya mengaku menginap sendirian di hotel tersebut sebelum tembelangnya pecah.

Lelaki itu,katanya, hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju sejurus membuka pintu bilik berkenaan selepas diketuk beberapa kali penguat kuasa.

“Selepas disoal, lelaki itu kemudiannya mengaku teman wanitanya ada bersama dalam satu bilik dan sedang bersembunyi dalam bilik mandi akibat terlalu panik.

“Setelah dijumpai di bilik mandi, wanita berkenaan diperiksa pegawai wanita dan jelas wanita itu tidak mengenakan sebarang pakaian dalam,” katanya.

Pihaknya difahamkan, lelaki terbabit dikatakan dalam perjalanan menghantar teman wanitanya yang juga seorang pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di sini.

Akibat terlalu kepenatan memandu, pasangan kekasih itu, katanya, mengambil keputusan untuk menginap di hotel berkenaan sebelum diserbu pihak berkuasa.

“Kedua mereka berasal dari salah sebuah negeri di pantai timur negara dan masing-masing berusia 23 tahun dan mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Pasangan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...