Agak lama juga saya tidak menulis nota-nota berguna yang InsyaAllah boleh saya jadikan peringatan untuk diri dan pada yang lain-lain. Terpanggilnya saya untuk buat artikel ini pun sebab sudah tak dapat bendung kerisauan terhadap masalah yang satu ini. Masalah yang sangat-sangat kronik pada masa kini bagi saudara seagama yang hampir keseluruhannya mempunyai akaun di laman sosial.
Mungkinkah perbuatan saya untuk melihat-lihat gambar di Facebook mereka itu salah? atau mungkin juga salah bagi saya untuk memperlihatkannya kepada orang lain? kerana mungkin ada yang berpendapat saya melihat dan menunjukkannya tanpa izin si pemilik terlebih dahulu? bagi saya tidak sama sekali! Sebabnya sudah sah memang pemilik akaun itu yang memuatnaik gambar-gambar peribadi miliknya di Facebook yang mana kita tahu apa tujuan Facebook ini bukan iaitu tidak lain tidak bukan; Facebook helps you connect and share with the people in your life di tambah pula lagi dengan ayat ini; It's free, and always will be. Cukup menarik bukan? Sudahlah boleh berkongsi dan berhubung, percuma pulak. Siapa tak mau kan?
Ya, oleh kerana mau berkongsi dengan orang-orang lain di dalam kehidupan kita itulah kononnya maka kita pun dengan percumanya berkongsi segala gambar-gambar kita. Maka bermacam-macamlah yang di upload dengan bangganya dan bermacam-macam perkara lagilah yang dikongsi seperti peristiwa, hobi, tempat yang dikunjungi dan tak kurang juga yang ambil peluang promosi perniagaan, buat pengumuman dan berkongsi info dan pengetahuan. Itu baru cakap pasal gambar, belum lagi yang berkongsi links,video, dan yang paling kelakar dialah yang paling update konon hinggakan perkara remeh macam baru beli Sardin setin pun nak ditulis di post! Tak kurang juga yang buat fitnah, mengumpat, meluahkan rasa kasih tak kesampaian dan melepas kegeraman pada orang yang dia tak puas hati! Maka dikongsikanlah juga dengan percuma segala dosa-dosa orang yang memulakan segala-galanya tadi!
No comments:
Post a Comment