20 Februari 2012
HULU SELANGOR – “Saya mengalami pendarahan dan bengkak dalam telinga serta cedera di kepala akibat dihentak kerusi,” kata peniaga kedai alat tulis, G Jayanti, 34, ketika menceritakan detik dia diserang bekas suami di kedainya di Jalan Orkid 2B di sini, petang kelmarin.
Jayanti berkata, ketika kejadian pada jam 5.10 petang itu, dia ditemani dua anaknya, R Priya, 8, dan R Pharni, 5, serta terdapat pelanggan dalam kedainya sebelum didatangi bekas suaminya yang dikenali sebagai Silvam, 44, dalam keadaan marah.
Menurutnya, bekas suaminya datang menaiki kereta Kelisa untuk menuntut penjagaan anak dan mengajaknya kembali ke pangkuannya.
“Saya terkejut kerana dia datang dalam keadaan marah-marah meminta supaya saya kembali kepadanya dan mahu mengusahakan kedai milik suami kedua saya bersama-samanya.
“Tetapi, keengganan saya membuat dia naik angin dan bertindak memukul saya dengan kerusi plastik, menendang, menyepak dan memaki hamun saya di depan anak-anak dan pelanggan,” katanya.
Jayanti berkata, dia cuba melawan, tetapi tidak tahan dipukul malah bekas suami yang berpisah dengannya sejak lebih 10 tahun lalu itu cuba merampas rantai dan subang emas dipakainya.
Jayanti yang dalam kesakitan terpaksa akur dan menyerahkan barang kemasnya sebelum lelaki itu beredar.
Bagaimanapun, selang beberapa minit dia dihubungi bekas suaminya dan mengugut bertindak sekali lagi jika permintaannya tidak dituruti.
Bimbang ugutan itu, Jayanti membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa lewat petang hari kejadian.
Jayanti berkata, itu kali kedua dia diserang dan kali pertama setelah lapan tahun bercerai. Menurutnya, suaminya telah memberi amaran dan mereka tidak diganggu sekian lama sebelum sekali lagi kembali kelmarin.
Jayanti berkata, dia masih trauma dan terpaksa menutup perniagaannya semalam untuk berehat.

No comments:
Post a Comment