Dicatat oleh Tuk Kiyai
Gambar Ika
Nabila yang tersebar di internet. Foto Rotikaya.com
Saya petik:
[MStar] PETALING JAYA:
Pelakon baru, Ika Nabila berkata dakwaan bahawa dia seorang peminum arak
seperti dalam foto yang tersebar di internet merupakan satu fitnah
semata-mata.
Ika
menjelaskan air dalam gelas tersebut bukanlah minuman beralkohol sebaliknya ia
adalah jus sparkling.
Ika yang
merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) berkata, dia tidak
pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak seperti yang
digambarkan pada foto berkenaan.
"Sebenarnya
air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar
itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej
Blackberry (BBM) saya.
"Dan air
itu bukanlah air arak seperti yang disangkakan. Malah, saya bersama Mimi Haris
(penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke.
"Saya
percaya ini perbuatan khianat individu yang tidak berpuas hati dengan
saya," jelasnya yang dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Ika berkata
demikian ketika mengulas foto yang disebarkan oleh sebuah blog hiburan.
Dalam foto
tersebut, Ika bersama rakan-rakannya termasuk Mimi Haris menghadiri sebuah
parti sambil memegang gelas yang didakwa alkohol.
Tambah Ika,
dia tahu walaupun telah memberikan penjelasan, masih ada orang yang akan
percaya perkara yang tidak dilakukannya itu.
"Terpulanglah
apa orang nak kata, yang penting saya telah membuat penjelasan dan tahu
batas-batas sebagai seorang artis yang perlu dijaga.
"Saya tak
tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok
tentang saya.
"Bagaimanapun
saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan
peribadi kita," tuturnya.
Pelakon yang
sedang meningkat naik itu kini menjalani penggambaran drama 'Apa Celop' yang
bakal disiarkan pada 20 Februari nanti di TV3.
P/s: Jika benar,
janganlah duduk dalam majlis yang boleh membawa kepada fitnah... Kalaulah benar
kita tidak minum arak tetapi berada di dalam kelab malam atau majlis yang ada
hidangan arak, maka tak peliklah anda difitnah...
No comments:
Post a Comment