Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

28 February, 2012

Pujian tinggi buat Cardiff City




TIEN GHEE (kanan) bergambar bersama pemilik Cardiff, Tan Sri Vincent Tan sebelum 
aksi final Piala Liga di Stadium Wembley awal pagi semalam.



LONDON – Cardiff City tidak perlu malu apabila gagal menjulang Piala Liga.
Sekalipun tumbang kepada Liverpool pada aksi final di Stadium Wembley awal pagi tadi, persembahan Cardiff sepanjang perlawanan penuh mendebarkan itu wajar diberi pujian.
Selain menampilkan aksi yang cukup menarik, skuad bimbingan Malky Mackay itu turut bermain dengan semangat juang yang tinggi dan perasaan tidak mudah menyerah kalah sehingga wisel penamat dibunyikan.
Semangat para pemain Cardiff ternyata melonjak selepas mendapat sokongan padu 32,000 penyokong The Bluebirds berbanding 57,000 peminat fanatik Liverpool yang memenuhi segenap penjuru tempat duduk di Stadium Wembley.
Sesuatu yang menggembirakan apabila para pemain dan penyokong Cardiff dengan bangganya memakai jersi yang tertera nama Malaysia di dada mereka.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kelab Liga Kejuaraan dari Wales ini apabila tewas kepada kelab gergasi Liga Perdana England yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang itu.
Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan sebelum mereka terikat 2-2 sebaik masa tambahan berakhir.
Kedudukan itu menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti yang akhirnya menyebelahi Liverpool hasil kemenangan 3-2.
Pengerusi Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee berkata, seluruh warga kelab itu akan menjadikan kegagalan tersebut sebagai motivasi untuk mereka terus mengorak langkah seterusnya.
“Sesuatu yang mengecewakan apabila tewas dalam situasi seperti ini, tetapi kami tetap menganggap ia sebagai satu kemenangan moral dan kami berasa sangat gembira.
“Saya sudah dua kali berada di sini (Stadium Wembley), ia adalah sesuatu yang sangat istimewa. Ini menunjukkan bahawa kami sangat kompetitif. Tidak banyak pasukan berpeluang bermain di sini.
“Bagaimanapun, saya tidak mahu menjadikan kejayaan kami mara ke Stadium Wembley ini sebagai satu jaminan,” kata Tien Ghee kepada wartawan Malaysia semalam.
Mengimbas kembali pertembungan awal pagi tadi, Cardiff ternyata mampu mencemaskan barisan The Reds.
Cardiff mendahului seawal minit ke-18 menerusi jaringan Joe Mason sebelum Liverpool berjaya mengikat kedudukan hasil jaringan Martin Skrtel (ke-59).
Meskipun ketinggalan hasil jaringan kedua penyerang Liverpool, Dirk Kuyt pada minit ke-108, para pemain Cardiff masih tidak mudah berputus asa.
Hasil kerja keras mereka membuahkan hasil apabila Ben Turner kembali mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-118.
Dalam aksi penentuan sepakan penalti, Cardiff berpeluang untuk melakar kejutan selepas Steven Gerrard dan Charlie Adam gagal menyempurnakan dua sepakan penalti awal Liverpool.
Bagaimanapun, Kenny Miller, Rudy Gestede dan Anthony Gerrard mempersia-siakan peluang tersebut apabila mereka turut gagal melaksanakan tugas masing-masing.
Tien Ghee berkata, perjuangan Cardiff belum berakhir dan mereka perlu kembali fokus pada saingan Liga Kejuaraan musim ini, seterusnya memburu slot Liga Perdana England musim depan.
“Misi kami musim ini masih belum tamat. Kami akan terus menghadapi saingan liga dan diharapkan, kami mampu bersaing dalam Liga Perdana England musim depan,” jelasnya.
Ketika ini, Cardiff menghuni tangga keenam liga selepas mengumpul 53 mata - ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Southampton.
Dua pasukan teratas layak secara automatik ke Liga Perdana England, manakala dua pasukan di tangga ketiga dan keempat perlu bermain pada aksi playoff.
Musim lalu, Cardiff tewas kepada Blackpool pada aksi playoff yang turut berlangsung di Stadium Wembley.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...