Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

03 February, 2012

RM3,000 tutup mulut



GOMBAK: Seorang pekerja restoran makanan segera hidup dalam ketakutan selepas dua lelaki menyamar polis meminta wang RM3,000 selepas mendakwanya berkhalwat dengan seorang pemandu teksi berhampiran sebuah pasar raya di Selayang, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 9 malam apabila mangsa yang berusia 22 tahun menaiki sebuah teksi dipandu seorang lelaki warga Indonesia dan diberhentikan di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya, Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rohana, 22, berkata, mereka didatangi dua lelaki menyamar polis yang menyuruhnya keluar dari teksi.

Katanya, dua lelaki itu mengarahnya masuk ke dalam kereta mereka dan seorang lagi lelaki menaiki teksi berkenaan.
“Dalam ketakutan, saya mengikut arahan lelaki itu yang membawa saya ke satu taman perumahan kerana mahu berbincang berkenaan kejadian itu.

“Lelaki itu meminta wang RM3,000 sekiranya kejadian itu tidak mahu dihebohkan kepada ibu bapa saya,” katanya di sini, semalam.

Rohana berkata, dia hanya memberi wang RM150 kerana ketakutan
“Hingga kini, dua lelaki terbabit masih mengganggu dan meminta baki wang dijanjikan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Gombak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...