Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

21 February, 2012

Perogol itu Bukan Saya



Saya petik:

[HM] AMPANG: “Itu bukan saya,” kata bekas penyanyi ahli kumpulan Shade, Mohamad Faizal Mohd Ali, 38, atau dikenali sebagai Wan sebagai menafikan dakwaan sebuah blog hiburan yang menuduhnya merogol anak tiri sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, tuduhan palsu itu tidak berasas kerana beliau sendiri belum berkahwin.

“Tuduhan palsu itu menjatuhkan maruah yang kini aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan.

“Kerana fitnah blog itu, ramai pihak menuding jari dan memarahinya hingga menjatuhkan maruah sebagai artis dan memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya ketika ditemui di balai polis Ukay.

Katanya, dia mengetahui laporan mengaitkan dirinya pada jam 2 petang selepas dihubungi rakan yang memaklumkan gambar dan namanya keluar di sebuah blog.

“Saya terkejut selepas melihat dakwaan itu selain mendapati peminat dan orang ramai memberi kata-kata negatif hingga menjatuhkan maruah.

“Saya akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk saman malu terhadap penyebar fitnah,” katanya yang popular dengan lagu Jangan Ucapkan Selamat Tinggal pada 1995.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Harian Metro semalam berkenaan seorang artis berkonsep Hip Hop ditahan polis selepas didakwa memperkosa anak tirinya yang berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya.

Penyanyi berusia 37 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa berusia tujuh tahun.

Beliau membuat laporan polis berhubung fitnah kira-kira jam 8.30 malam di Balai Polis Ukay Perdana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...