10 Lokasi Pertemuan Romantis
ANDA MENEMUI CINTA BARU DAN MERANCANG MENGADAKAN PERTEMUAN PERTAMA DENGANNYA. BANYAK PERKARA YANG HARUS DIFIKIRKAN, APA PAKAIAN YANG SESUAI, MINYAK WANGI APA YANG PATUT DIGUNAKAN, MASA PERTEMUAN YANG TEPAT TERMASUK TOPIK APA YANG INGIN ANDA BUALKAN DALAM PERTEMUAN PERTAMA ITU.
Anda memerlukan idea yang perlu dianggap sebagai kelas pertama dan paling utama ialah di mana lokasi pertemuan itu mahu diadakan. Tidak guna anda kelihatan hebat di matanya tetapi anda gagal memikat hatinya jika anda memilih lokasi pertemuan yang sangat biasa sahaja. Di bawah ini dinyatakan beberapa tip lokasi pertemuan yang boleh dianggap romantik dan meninggalkan kesan mendalam di hati wanita.
1. Pantai
Pantai dianggap sebagai lokasi romantik. Saat mendengar bunyi deburan ombak yang menghempas pantai, melihat matahari yang terbenam di ufuk Timur akan membangkitkan satu nostalgia di hati pasangan. Lebih indah lagi jika anda bersamanya berlalu di gigi air dan banyak lagi perkara menarik boleh anda lakukan di sini.
2. Kelab Golf
Mungkin lokasi ini memerlukan belanja yang mahal tetapi kalau kena dengan gaya hidup dan kekayaan yang anda miliki, anda boleh membawa teman wanita ke sini. Bayangkan gaya anda mengayun kayu golf dengan penampilan pakaian yang segak, semua ini akan membuatkan wanita berasa bahagia di sisi anda.
3. KonsertSebenarnya pertemuan pertama adalah saat anda mengenali pasangan lebih mendalam. Dari situ anda boleh mengetahui minatnya, hobi dan sebagainya. Namun tidak salah untuk membawa pasangan ke konsert jika si dia meminati muzik. Hubungan anda dan dirinya akan lebih erat kerana dia beranggapan anda mengetahui minat dan kesukaannya.
4. Taman RekreasiSelalunya taman rekreasi adalah tempat untuk kanak-kanak bermain. Siapa kata ia tidak sesuai untuk orang dewasa? Membawa teman istimewa ke taman rekreasi sambil memerhatikan kanak-kanak bermain membayangkan bahawa anda juga mahu anak bersamanya suatu hari nanti.
Sudah pasti akan menimbulkan suasana ceria. Teman wanita anda mungkin malu mendengarnya namun ia membayangkan hasrat hati anda bahawa hubungan yang anda jalinkan ini adalah serius dan mahu mengakhirinya ke jenjang pelamin.
5. Berkelah Di Air Terjun
Satu lagi yang boleh menjadi pilihan anda ialah pergi berkelah. Menikmati suasana di air terjun, merasai sejuknya air tatkala anda berendam adalah suasana yang sangat menarik dan mampu diingati oleh pasangan. Tahukah anda, setiap tingkah laku yang anda lakukan melebihi dari kata-kata akan membawa kesan mendalam di hati teman bahawa andalah lelaki sejati.
6. Bermain Go KartSatu aktiviti yang sangat menyeronokkan jika anda boleh membawa teman wanita bermain go kart. Mungkin dia tidak pernah mencuba permainan go kart ini dan mungkin berasa takut tetapi sekali anda mengajarnya, ia mungkin satu pengalaman menarik buatnya dan menjadi pengalaman indah dalam hidupnya.
7. Pusat Membeli-belah
Ini mungkin tempat pertemuan biasa tapi ramai wanita menyukainya kerana selain mencuci mata, wanita memang suka membeli-belah. Lebih menarik lagi jika anda yang mengeluarkan wang belanjanya dan dia membeli apa disukainya. Tapi awas, jangan selalu ke sini kerana jika sudah terbiasa, teman wanita anda mungkin merengek mahu pergi ke sana selalu.
8. Menonton Wayang
Menonton wayang antara perkara biasa dilakukan oleh pasangan. Mungkin tiada yang istimewa tetapi kalau anda tiada idea ke mana mahu pergi, bawa saja ke tempat ini kerana ramai muda-mudi pergi ke sini.
9. Menaiki Limo
Ia tentunya sesuatu yang sangat berbeza. Jika anda mampu membawanya menaiki kereta limo tentunya ia satu kenangan manis yang takkan dilupakan. Tapi itu jika anda mampu dan jika tidak abaikan perkara ini kerana ia memerlukan belanja yang banyak dan besar.
10. Urutan Kaki
Mungkin tidak pernah dibuat tetapi sesekali berikan kejutan kepada pasangan. Ajak dia membuat urutan kaki dan anda membayarnya. Sesekali diurut, ia memberikan kelegaan. Tahukah anda, walau pun idea ini nampak janggal oleh pasangan tetapi anda begitu berbeza di matanya.
Click Here To Show Yr Support
Berita Panas Je !!!!!!!
28 February, 2011
Feb 28, 2011 [MOTIVASI] - THOUGHT OF THE DAY !!!!!!
Hi ,
I got this from the best freind of mine .....it's very interesting for those whore are in Tension - in lonely - in various types of feeling ......

|
Feb 28, 2011 [INFO] - KADAR BARU SAMAN TRAFIK PDRM
Feb 28, 2011 [AKHBAR] - Cabul sebelum rotan
Cabul sebelum rotan
BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.
Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.
Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.
"Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.
"Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan," katanya.
Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.
"Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.
"Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama," katanya.
Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.
"Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.
"Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan," katanya.
Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.
"Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah," katanya.
Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .
Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

Feb 28, 2011 [AKHBAR] - ‘Syukur bukan buat maksiat’
‘Syukur bukan buat maksiat’
KUALA LUMPUR: "Kadang-kadang ada sebab Allah tidak memberi kekayaan kepada seseorang itu kerana mereka tergolong dalam kategori manusia lupa diri. Apabila diberi nikmat walaupun sedikit, mereka gagal hingga mampu terjerumus kepada perkara yang tidak elok," ulas penceramah bebas, Fauzi Mustaffa mengenai kegiatan maksiat penoreh getah yang melanggan pelacur di kebun masing-masing.
Menurut Fauzi, kenaikan harga getah yang melambung tinggi seharusnya digunakan sebaik mungkin golongan itu untuk melakukan perkara bermanfaat seperti menabung untuk menunaikan haji sebagai tanda syukur kepada Allah.
"Ujian Allah bukan saja dalam bentuk musibah, tetapi Allah juga menguji kita dengan memberikan harta. "Sungguh sedih apabila kenaikan harga getah ini menjadikan manusia sering lupa daratan dengan melakukan kerja tidak berfaedah dan melanggar suruhan Allah. Sepatutnya apabila mendapat nikmat, bersyukur supaya ia bertambah, kekal dan berkat, bukan dengan cari pelacur.
"Jangan jadi manusia lupakan kulit. Bertaubat dan bersyukurlah dengan nikmat ini," katanya ketika dihubungi, semalam.
Harian Metro kelmarin, melaporkan polis membongkar kegiatan tidak bermoral itu di kebun getah di pekan Jementah, Segamat, Johor dan menahan seorang pelacur serta beberapa lelaki dipercayai terbabit kegiatan maksiat itu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata pelacur terbabit dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit

Feb 28, 2011 [AKHBAR] - Beratur panjang dalam kebun
Beratur panjang dalam kebun
SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.
Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.
Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.
"Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.
"Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.
Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.
"Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

25 February, 2011
Feb 25, 2011 - TIPS MENANGI HATI SUAMI
assalamualaikum
nak balik dah ni .....nak sambung sikit citer tadi ....td baru satu artikel
artikel kedua ni berkenaan dengan tips untuk menangi hati suami - supaya suami sentiasa sayang.
Saya tk dapat nk ingat semua fakta - almaklum lah memory dah rendah - 2Gb ja kot
nak kena tukar 8Gb ker baru boleh ingat semua ....
Tapi apa yang penting , sebagai sorang suami & daddy ....apa yang diperkatakan dalam artikel ni semacam ada kebenarannya . setelah 18 tahun mengharungi alam rumah tangga ni - saya agak bersetuju dengan pendapat / tips yang dinyatakan ...
TIPS-1 - Tetapkan matlamat kebahagian bersama.......
Cuba selaraskan suatu matlamat yang boleh membahagiakan kedua2 suami & isteri .....Masalah timbul bila si suami dan isteri ada matlamat sendiri2.....bila kedua2 pasangan ada matlamat yang sama dan saling bekerjasama untuk mencapai matlamat tersebut ....kebahagian mesti menjelma.....
Contoh nya saya sendiri ....saya dan isteri dah ada matlamat kami - nak renovate rumah sedia ada
kpd double storey and by age of 50 , insyallah kami nak ke tanah suci mekah ....
TIP- 2 - ABAIKAN SESUATU & SESEORANG UNTUK DIA
Cuba untuk abaikan lain- lain perkara atau lain2 orang agar si suami merasa dia sentiasa dihargai ....
dalam hidup berumahtangga ini ...tipu lah kalau dikatakan sehati sejiwa dalam semua perkara....kalau sehati sejiwa pun , paling tidak satu dua perkara mesti berbeza......
So , apa yang perlu uoals buat , cuba minati apa yang suami suka buat dan jauhkan apa yang suami tak suka .....
sama juga dalam hidup saya, tak semua perkara kami berpendapat sama - banyak yang bercanggah
tapi , alhamdulillah tolak ansur yang penting - saya akan ketepikan ketidaksukaan saya sometimes untuk membahgiakn wife saya , dan dia sendiri pun sama sometimes terpaksa turut kata saya .....
End in mind - TIP 1 matlamat kebahagiaan bersama.
So , Suami & Isteri must alligned kesukaan & ketidaksukaan masing2 untuk mencapai satu matlamat kebahagiaan .....
Last but not least ....saya tau ada follower untuk entri2 saya ni ...saya bukan pakar nak selesaikan
semua masalah tapi saya percaya satu perkara sahaja .....
TIADA MASALAH YANG TIADA JALAN PENYELESAIAN NYA dan ingat ini sampai bila2 -
ALLAH SWT TAK KAN MENGUJI MAKHLUK NYA LEBIH DARI KEMAMPUAN MAKHLUK TERSEBUT .......
Ingat lah ....muhasabah diri bila ditimpa musibah atau masalah .
Wassalam

Feb 25, 2011 - TAKDIR HIDUP Vs SIKAP DIRI
Assalamualaikum ....
Hari ni nk citer sikit pasai 2 artikel menarik yang saya baca semalam .....
Kedua2 artikel tu berkenaan ngan sikap kita sendiri yang saya rasa ada kebenarannya....
Artikel pertama berkenaan dengan TAKDIR HIDUP yang berkaitan dengan SIKAP DIRI ....
Posting ni tak bermaksud nak kata kat sapa-sapa tapi saya nak ajak semua jom pakat2 fikir balik
ada tak kebenarannya....pakat2 muhasabah diri ....Kita selalu suka mempersalah kan orang lain bila kita ditimpa musibah atau berdepan masalah . Kita jarang nak tanya & selidik kelemahan diri kita....
contoh kisah benar yang diberi dalam artikel tu , bagaimana sorang pompuan yang ditipu oleh suaminya sendiri selama berbelas tahun....dan ditinggalkan oleh suaminya dengan beban hutang yang banyak sehingga hidupnya susah....
Tapi setelah mendapatkan pandangan dari pakar psikologi keluarga, didapati sikap pompuan tu pun ada masalah - suka mungkir janji dan banyak perkara2 negatif. Ada lagi satu kes , suami isteri yang selalu bergaduh . Si isteri nyatakan yang suaminya sorang yang baran tapi setelah si suami pula mengemukakan bukti2 punca kebaranan nya - nyata baran si isteri lebih dari dari si suami . baran si suami mengikut pakar psikologi tersebut adalah untuk mengimbangi baran si isteri.....manakan suami tak baran kalau si isteri snaggup memanggil nama suami dengan panggilan yang biadap dan yang tak sepatutnya....
So Konklusinya - kalau ditimpa musibah atau masalah, cuba tanya diri sendiri dulu apa salah kita...
sebelum menyalahkan orang lain . Insyaallah kita akan dapat tangani masalah tu dengan tenang .....
Akhirkata bak kata prof. IZi - renung2 kan dan amal2 kan.

Feb 25, 2011 [AKHBAR] - Siswi tunggang motor 300km
Siswi tunggang motor 300km
PONTIAN: Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit.
"Hasil maklumat, lokasi kediamannya dikesan dan kami ke sana jam 9 malam Rabu lalu, sebelum menahannya bagi membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati gadis itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan," katanya, semalam.
Menurut Zahaliman, siasatan mendapati pelajar tahun akhir itu menunggang motosikal seorang diri sejauh kira-kira 300 kilometer dari rumah sewanya untuk ke stesen minyak berkenaan.
Beliau berkata, gadis terbabit bimbang rahsianya melahirkan anak terbongkar dan nekad untuk cuba menutup perkara terbabit.
"Siasatan mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas dilahirkan, gadis terbabit kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk siasatan lanjut," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi, sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan berusia 72 tahun terkejut apabila terjumpa mayat bayi di dalam tandas sebelum memaklumkannya kepada pekerja stesen minyak itu.
Polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati bayi yang dibungkus dengan kain berkenaan sudah meninggal dunia.

Feb 25, 2011 [AKHBAR] - Isteri terpedaya
Isteri terpedaya
KUALA LUMPUR: Seorang lagi wanita menjadi mangsa kasanova yang menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi memperdayakan mangsa sebelum melarikan wang mangsa.
Sebelum ini, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ken, 31, memperdayakan wanita yang termakan ayat-ayat cinta sebelum mengikis wang mereka dengan menggunakan taktik kononnya menghadapi masalah perniagaan. Terbaru, seorang wanita dari Singapura yang juga isteri kasanova terbabit dikenali sebagai Chen, 33, berkata, dia mengenali suaminya pada jamuan makan malam di sebuah hotel.
Menurutnya, sejak perkenalan itu hubungan mereka semakin rapat kerana dia tertarik dengan sikapnya yang romantis sehingga bersetuju berkahwin.
"Kami melangsungkan perkahwinan pada 2008, namun kini dalam proses perceraian selepas tembelangnya memperdayakan ramai wanita lain terbongkar. "Malah, saya turut mengalami kerugian apabila memberi wang kepadanya RM200,000 selepas kasihan dengan masalahnya. Namun, saya tidak sangka semua itu hanya sandiwaranya," katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, Wisma MCA, di sini.
Chen berkata, suaminya memberitahu ibunya sudah meninggal dunia dan memerlukan wang untuk menguruskan pengebumiannya.
"Saya pada mulanya ingin mengikutnya pulang ke kampung di Malaysia, namun tidak dibenarkan dan memberitahu akan menguruskan sendiri masalah itu.
"Saya beralah dan meminjamkan wang itu kepadanya untuk menguruskan hal keluarga, namun terkejut tidak lama kemudian apabila diberitahu suami saya itu kasanova oleh rakan dan melalui media massa," katanya.
Beliau berkata, taraf penduduk tetap (PR) suaminya di Singapura juga dibatalkan gara-gara perbuatannya sehingga dia kini menjadi buruan polis Singapura.
Semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki layak digelar kasanova apabila menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi menipu empat wanita dalam satu masa.

Feb 25, 2011 [AKHBAR] - Satu badan gatal-gatal
Satu badan gatal-gatal
GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.
JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.
Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.
Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.
Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.
"Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.
"Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut," katanya.
"Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.
"Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak," katanya.

24 February, 2011
Feb 24, 2011 - NAK CITER APA NI!!!!!
Assalamualaikum .....jumpa lagi
Hari ni ...mcm hari2 yg lepas masih lagi terperap dalam Pangkor Room ngan customer ......
alhamdulillah ...depa pun dah balik dah kul 5.15 td ....aku pula yang sangkut...hujan lebat la ni ....
Ermmmm......nak citer pasai apa ya?????
Aku dok fikir sejak semalam rasa nak cerita pasai suami yang cemburu atau `King control' .
Aku pernah dengar dulu kat HOT FM AM Crew, citer pasai sorang isteri yang rasa terkongkong sangat sbb suaminya yang terlalu cemburu & terlalu mengongkong . Dia keje Ofis.....
sampai keje kena sms, nak balik keje kena sms...tengahari kn balik makan kat umah dan banyak lagi peraturan2 yang hubby dia kena kan...pendek kata si isteri ni rasa amat tertekan ....tak boleh langsung nk kuar lunch ngan rakan2 sepejabat ....jangan kata ofis mate lelaki ...office mate pompuan pun tk boleh .
dan aku tertarik ngan pandangan sorang caller tu - pompuan . nak tau apa dia kata -
leave it macam tu .....sbb maybe satu hari dia kan missed / rindu semua tu ....Dan kalau uoals nk tau
sekarang ni ... i pun buat camtu .....setiap pagi , park jer kete kat parking lot , fisrt thing aku akan SMS wife bagi tau dh sampai ......
And tk kurang gak orang2 yang aku kenal yang mengalami nasib yang sama .....
AKu sendiri pun tk tahu nk describe macam mana? selama aku berkahwin , aku tk pnh rasa cemburu kat wife aku sbb aku percaya sangat kat dia.....
so aku cuba cari apa sbb nya suami cemburu .....ini pandangan aku ....
1. Si isteri ni kategori nice-looking ( cantik ) & kategori suka melaram
2. Bekerja di pejabat
3. Yg dealing ngan client especially lelaki
4. Yang ada YM atau akaun FB -
yang no 4 tu yang hubby2 paling takut sbb baca ja la artikel2 dlm posting2 sblum ni - Penangan YM & FB apa kesudahannya...
apa pun ini pandangan aku lah ....
kalau uoall tk setuju terpulang la
salam

Feb 24, 2011 [TIPS RUMAHTANGGA] - Bulan Madu Kedua Segarkan Kembali Perkahwinan
Bulan Madu Kedua Segarkan Kembali Perkahwinan
BULAN MADU SEHARUSNYA BUKAN HANYA UNTUK PASANGAN YANG BARU MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. BUAT SUAMI ISTERI YANG LAMA MELAYARI BAHTERA PERKAHWINAN, IDEA BULAN MADU KALI KEDUA SEMEMANGNYA AMAT DIPERLUKAN.
Percutian istimewa anda berdua ini penting untuk menyegarkan kembali hubungan yang mungkin kian hambar akibat rutin hidup yang memenatkan.
Justeru tidak hairanlah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) satu ketika dulu sanggup bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu memperkenalkan idea bulan madu kedua kepada pasangan yang menghadapi masalah rumah tangga. Namun buat pasangan suami isteri yang hidup harmonis tiada salahnya untuk mempraktikkan bulan madu kedua ini. Detik bersama sudah tentu ia akan memperkuatkan lagi ikatan cinta anda berdua.
Akan tetapi sebelum anda lebih teruja untuk menempuhi detik manis ini ada beberapa persiapan yang perlu anda lakukan agar bulan madu kedua ini jadi lebih indah dan cukup bermakna.
Bereskan Urusan Penjagaan Anak
Perkara pertama yang harus dilakukan jika anda merancang untuk berbulan madu adalah menghantar anak di bawah jagaan individu yang anda percaya. Pastikan juga anak di bawah jagaan individu itu selamat dan selesa. Antara yang boleh dicadangkan adalah ibu bapa, mentua atau pun adik beradik.

Jelaskan juga perancangan anda itu pada si anak lebih awal. Memandangkan anda mungkin akan pergi beberapa hari maka latih anak jika masih kecil untuk tidur tanpa kehadiran anda. Semasa menghantar anak di bawah jagaan orang ini pastikan anda membawa kesemua keperluan anak seperti susu, ubat, mainan, serta nombor telefon yang boleh dihubungi di kala kecemasan.
Tetapkan Lokasi Idaman
Inilah masanya untuk anda berbulan madu ke lokasi yang benar-benar anda berdua ingin kunjungi dan masih tidak terlaksana kerana sibuk atau faktor kewangan yang belum mencukupi.

Atau anda boleh saja kembali ke lokasi bulan madu di awal perkahwinan dulu. Cari informasi tentang tempat percutian yang ingin anda kunjungi secukupnya. Dapatkan tawaran pakej bulan madu yang banyak disediakan. Bagi menyempurnakan suasana bulan madu ini, minta pihak hotel menyediakan kamar khas buat bulan madu lengkap dengan makanannya.
Jauh Dari Rumah
Anda boleh memilih suasana percutian bulan madu di kawasan dingin, pantai mahu pun di ibu kota untuk menghabiskan waktu berdua. Apa pun sebaiknya pilih lokasi yang jauh dari bandar tempat anda tinggal untuk mencari kelainan.

Selain itu ia juga bertujuan agar anda tidak tergoda untuk pulang cepat kerana teringatkan anak kecil. Jika anda tinggal di Kuantan misalnya, pilihlah lokasi di Pulau Pinang, Sabah atau Sarawak untuk berbulan madu. Boleh juga memilih destinasi luar negara, tak perlu jauh, ke Indonesia atau pun Thailand sudah memadai.
Satu lagi idea menarik adalah dengan membawa pasangan mengikuti percutian dengan kapal persiaran. Selain jauh dari kebisingan kota, ia juga satu cara mencari kelainan dan kedamaian.
Rancang aktiviti bersama
Bulan madu kedua adalah satu cara untuk meningkatkan kualiti hubungan. Rancang aktiviti yang boleh anda lakukan berdua. Anda boleh berehat di pantai, berpelukan menunggu matahari terbenam atau menghabiskan waktu di bilik sambil menonton rakaman perkahwinan yang anda bawa bersama. Jika anda dan pasangan gemarkan aktiviti lasak, boleh saja mencuba aktiviti mendaki bukit, berakit atau pun selam skuba.

Rakam Detik Indah
Sediakan kamera dan kamera video untuk merakam perjalanan bulan madu. Detik indah yang tentu jarang sekali dapat anda lakukan ini sewajarnya dirakam untuk dijadikan kenang-kenangan.

Rakamkan situasi anda membuat persediaan seperti menyimpan baju dalam beg, perjalanan ke lapangan terbang dan sesekali minta orang lain mengambil gambar anda berdua.
Rakam juga kamar penginapan anda yang dihias dengan konsep bulan madu saat kali pertama melangkah ke dalamnya. Rakam juga waktu anda bersarapan, berpelukan di pantai, makan malam yang romantis dan juga ketika melawat tempat menarik.

Elakkan Pertengkaran
Rancanglah perjalanan percutian yang santai dan tidak terburu-buru waktu hingga boleh mencetuskan kemarahan pasangan. Bagi menghindari berlakunya pertengkaran di waktu bulan madu ini anda harus mengelak dari memperkatakan tentang kekurangan masing-masing.

Sebaliknya isi masa santai yang ada dengan membicarakan harapan atau pun impian pada perkahwinan anda. Selain itu bicarakan juga cara untuk anda memperkukuhkan cinta dan komitmen berdua. Agar pasangan lebih menjiwai suasana, bicarakan semua ini tatkala anda berdua berada di bawah cahaya bulan purnama.
Feb 24, 2011 [INFO] - SUAMI CEMBURU !!!!!!
SUAMI CEMBURU...???
Cemburu Yang Dibenarkan.
Sudah menjadi sifat semulajadi kaum lelaki memiliki rasa cemburu terhadap isteri. Dari satu segi, sifat cemburu seorang suami terhadap isterinya adalah dibenarkan kerana ia menunjukkan betapa ia mencintai serta menghargai isterinya.
Dengan kata lain kecemburuan yang dibenarkan oleh Islam ialah kecemburuan yang positif, yang menyebabkan seorang suami bersungguh-sungguh menjaga dan memelihara isterinya. Bahkan, Islam sendiri meninggikan kedudukan seorang suami yang mempunyai kecemburuan yang positif, dan sebaliknya Islam mencela suami yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap isterinya, sebab suami seperti itu adalah suami yang dayus.
Di samping itu, Islam telah menjelaskan sejauh mana boleh cemburu kepada isterinya. Jika batas-batas ini tidak dipenuhi oleh suami, atau kecemburuannya melebihi ketentuan-ketentuan yang dibenarkan oleh Islam, maka sifat cemburunya tersebut boleh menggugat kedamaian dan ketenteraman suami isteri dalam rumahtangga mereka.
Oleh itu, para suami hendaklah benar-benar mengerti bahawa kecemburuan tersebut hendaklah menjurus kepada pemeliharaan serta mendorong untuk bersungguh-sungguh memberi penjagaan dan pemeliharan, kerana inilah yang dimaksudkan cemburu yang dibenarkan dalam Islam. Cemburu seperti ini tentulah akan menguatkan lagi struktur rumahtangga dan ikatan suami isteri.
Maka suami yang mempunyai maruah dan harga diri hendaknya mempunyai sifat cemburuyang positif kerana sifat tersebut adalah satu daripada sifat Allah swt dan sifat nabiNya Muhammad saw.
Sesungguhnya suami yang tidak mempunyai rasa cemburu apabila kehormatan dan maruahnya tercabar, tentulah ia akan membiarkannya. Sekiranya lelaki lain cuba menggoda dan mempermainkan isterinya, maka suami yang dayus tidak akan mengambil berat kepadanya. Suami seperti itu tentulah sudah termasuk golongan lelaki yang tidak mempunyai harga diri dan maruah.
Diambil dari Luahan Rasa. Blogspot

Feb 24, 2011 [AKHBAR] - 4 wanita kena kikis serentak
4 wanita kena kikis serentak
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki layak digelar kasanova apabila menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi menipu empat wanita dalam satu masa.
Bukan itu saja, lelaki itu turut dipercayai menipu dua wanita lain dan seorang lelaki dipercayai pasangan gaynya membabitkan kerugian lebih RM60,000.
Difahamkan, lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Ken, 31, mengikis wang semua mangsa dengan menggunakan modus operandi kononnya menghadapi masalah perniagaan.
Berikutan itu, empat wanita itu yang mengetahui tertipu dengan lelaki ‘pisau cukur’ terbabit membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, Wisma MCA, di sini.
Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Tang, 28, berkata dia kerugian RM26,000 selepas terpedaya dengan cinta palsu Ken.
"Saya berkenalan dengan Ken melalui laman sosial facebook November tahun lalu. Selepas seminggu berkenalan, Ken meminjam wang saya dengan alasan menghadapi masalah perniagaan.
"Bagaimanapun, saya menyedari ditipu Januari lalu selepas terserempak Ken membawa wanita lain. Sejak itu, saya menyelidik dan menemui tiga lagi wanita yang turut menjadi mangsa," katanya.
Difahamkan, lelaki terbabit yang mendakwa bekerja dalam industri pengiklanan dan mempunyai perniagaan sendiri turut menuntut hubungan seks daripada semua teman wanitanya.
Malah, Ken kali terakhir dikesan menetap di Flora Damansara dan kini dipercayai aktif mencari teman wanita baru untuk dijadikan mangsa.
Selain itu, seorang lagi mangsa cinta palsu Ken yang mahu dikenali Beh, 28, bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta di ibu kota mendakwa kerugian RM23,000.
"Perkenalan saya dengan Ken bermula apabila diperkenalkan seorang rakan. Ken sangat bijak bermain kata-kata cinta hingga menyebabkan saya terpedaya.
"Walaupun hanya tiga bulan hubungan kami terjalin sebelum saya mengetahui dia seorang penipu, saya kerugian wang yang banyak kerana Ken amat licik dan cepat bertindak," katanya.
Sementara itu, Michael berkata, kes seperti itu bukan perkara baru kerana sejak empat tahun lalu pihaknya menerima 22 aduan membabitkan kerugian RM1.6 juta.
Menurutnya, dua daripada kasanova yang terbabit kes sebelum ini sudah dikenakan tindakan undang-undang dan kini menjalani hukuman penjara.

Feb 24, 2011 [AKHBAR] - Wanita cekup suami khalwat
ALOR SETAR: Seorang isteri yang tidak tahan melihat kecurangan suaminya kerana kerap pulang lewat dan bermalam di rumah teman wanitanya sejak beberapa bulan lalu nekad mencekup suaminya di sebuah rumah sewa di Kampung Didik, Kuah, Langkawi, pagi semalam.
Wanita berusia 30 tahun itu berang melihat suaminya yang berusia 34 tahun hanya berseluar dalam dan tidur di atas katil ketika anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) membuat pemeriksaan di sebuah bilik utama di rumah berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi.
Dia yang gagal mengawal perasaan marahnya memaki-hamun wanita berusia 29 tahun yang dicekup bersama suaminya itu sebaik pintu bilik dibuka.

23 February, 2011
Feb 23, 2011 - Not a good thing to start the day!!!!!
Assalamualaikum ....slm sejahtera.. & jumpa lagi..
For a start , just wanna tell uoals how am i started my day today.....
Bangun awal pagi around 6.15am , mandi & solat subuh .....
bersiap & breakfast .....
Sharp 7am....after a morning kiss to my beloved wife , left the house....
dalam kete dok layan panggilan hangit hot fm....not bad bila si FBI & Jay pekena
Prof. Izi Hj Ali .......
hari ni plan nak isi minyak at Shell Penanti kat highway BKE.....
Kadang2 isi kat Petronas Padang Serai......Turn jer masuk highway kat lunas....
tup2 enjin kete semput......tau dah......minyak abis....dekat sangat dh ngan petrol pump
kalau nk diikutkan ...abt 1km
nak tak nak park kete kat tepi highway...call my wife....
almost 8am , baru abang ipar smpai ngan petrol....consequences nyer
8.40 baru clocked in kat ofis......
ok....that's what i mean not a good thing to start the day.......

Feb 23, 2011 [AKHBAR] - Isteri baran tetak suami
Isteri baran tetak suami
PARAH...Ahmad menunjukkan kesan jahitan akibat ditetak isterinya.
IPOH: Sikap cemburu buta dan panas baran melampau seorang isteri menyebabkan dia hilang pertimbangan sehingga sanggup menetak suaminya dengan pisau menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 15 jahitan di tangan kiri selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka di sini, Jumaat lalu.
Lebih malang, tetakan menggunakan pisau pemotong sayur itu menyebabkan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 31, dari Kuala Kangsar, putus urat lengan kiri menyebabkan tiga jarinya tidak dapat digerakkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam di Taman Pinji Ria, Pengkalan di sini, mangsa bersama isterinya yang juga seorang jururawat sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum isterinya tiba-tiba mengamuk dan menyerangnya dengan pisau.
Ahmad yang juga seorang juruteknik berkata, sebelum itu, isterinya menjawab panggilan daripada sepupu wanitanya dan mereka berbual mengenai sesuatu mengenai dirinya.
Katanya, dia tidak pasti apa mereka bualkan, namun yakin perbualan itu menaikkan kemarahan isterinya.
"Berdasarkan perbualan telefon itu, sepupu memaklumkan kepada isteri, saya seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik perempuan ke rumah ketika bujang dulu.
"Seketika kemudian, saya mengambil telefon daripada isteri dan bercakap dengan sepupu. Saya bertanya kepadanya apa dibualkan dengan isteri, namun dia (sepupu) menafikan dakwaan itu," katanya.
Katanya, sebaik menamatkan perbualan, dia bersandar pada sofa sebelum isteri muncul di hadapannya sambil memegang sebilah pisau dan terus menetak lengannya.
Menurutnya, isterinya cuba menetak pada muka dan kepalanya, namun dia sempat menahan dengan tangan kiri sehingga menyebabkan pendarahan teruk.
"Isteri menjerit ‘abang sudah melampau’ sebelum menetak saya dengan pisau. Saya cuba keluar untuk mendapatkan pertolongan, namun isteri mengunci pintu rumah dan menghalang saya keluar.
"Saya sempat mengambil kunci pendua rumah dan telefon bimbit sebelum membuat panggilan ke talian 999 untuk meminta bantuan polis dan ambulans," katanya.
Ahmad berkata, dia dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dengan sebuah kereta peronda polis untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Saya mengakui isteri seorang yang baran dan cemburu buta. Malah, rumah tangga kami sering berdepan masalah selepas hidup bersama sejak 11 bulan lalu.
"Kami sering bergaduh, namun saya tetap sayangkannya dan berdoa agar dia memperbaiki sikapnya itu. Pernah satu ketika, saya disepak terajang dan dimaki hamun, tetapi saya reda dengan perbuatannya itu," katanya.
Menurutnya, dia juga terkilan kerana isterinya tidak pernah menjenguknya di hospital sepanjang menerima rawatan walaupun bertugas di hospital sama.
Ditanya sama ada dia akan menceraikan isterinya, Ahmad berkata, insiden itu tidak melunturkan rasa sayangnya kepada isteri, malah mahu memberi peluang kepada isterinya untuk berubah.
"Penceraian bukan penyelesaian, sebaliknya saya mahu insiden yang menimpa saya memberi pengajaran kepada masyarakat di luar sana sekali gus menginsafkan isteri saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh, petang semalam.
Katanya, pihaknya sedang menyiasat kes itu kerana isteri mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh sebelum ini.

Feb 23, 2011 [AKHBAR] - GRO sewa suami RM1,000 sebulan
GRO sewa suami RM1,000 sebulan
KUALA LUMPUR: Segelintir warga emas tempatan kini sanggup merancang perkahwinan palsu atau menjadi suami sewa semata-mata untuk mendapatkan ganjaran wang bulanan yang dikutip daripada isteri warga asing.
Kebanyakan lelaki yang diistilahkan sebagai suami boneka ini, berpura-pura berkahwin dan mendaftar perkahwinan terbabit dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan isteri warga asing terutama dari China tinggal lebih lama di negara ini untuk menjalankan kegiatan sebagai pelacur atau pelayan pelanggan (GRO) sepenuh masa.
Sumber Jabatan Imigresen berkata, bilangan pasangan suami isteri kahwin olok-olok terbabit dikesan bertambah selepas pihaknya menjalankan siasatan dan mendapati kebanyakan suami warga tempatan dibayar RM300 hingga RM1,000 sebulan oleh isteri dikahwini itu.
Menurutnya, kebanyakan wanita warga asing itu menjadikan perkahwinan dengan warga tempatan sebagai lesen untuk menjalankan kegiatan maksiat di negara ini tanpa bimbang diberkas pihak berkuasa atau dihantar pulang ke negara asal.
"Pelacur atau GRO yang ditahan biasanya akan memberi alasan sudah berkahwin dengan lelaki tempatan melalui prosedur sah membolehkan mereka diikat jamin suami masing-masing.
"Bagaimanapun, pasangan ini biasanya tidak tinggal serumah sebaliknya si suami akan muncul sekiranya wanita warga asing terbabit menghadapi masalah atau ingin memperbaharui pas lawatan isteri yang perlu dibuat setiap tahun dengan bayaran RM90 setahun," katanya.
Beliau berkata, mengikut undang-undang imigresen, wanita yang berkahwin dengan lelaki tempatan dibenarkan tinggal di negara ini menggunakan pas lawatan itu. Bagaimanapun, mereka boleh memohon untuk menjadi warga negara selepas lima tahun bermastautin di Malaysia.
"Jika permohonan mereka diluluskan JPN, wanita terbabit akan diberikan kad pengenalan merah. Bagaimanapun, proses terbabit bukan mudah dan tidak semua akan dibenarkan menjadi warga negara," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya menyedari taktik digunakan wanita warga asing terbabit terutama membabitkan GRO atau pelacur kelas atasan warga China.
Menurutnya, lelaki tempatan terbabit seolah-olah dijadikan hamba duit oleh wanita warga asing itu apabila dijanjikan dengan habuan wang bulanan sekiranya setuju nama mereka dipinjamkan.
Menurutnya, agak menghairankannya apabila ada antara lelaki warga emas yang datang ke pejabatnya membuat aduan mendakwa ditipu atau kehilangan isteri warga asing berusia jauh lebih muda berusia 20 hingga 30 tahun.
"Selain itu, ada wanita warga asing yang datang menemui saya dan mendakwa suami masing-masing enggan melanjutkan tempoh visa penginapan di negara ini dengan pelbagai alasan mencurigakan.
"Namun, masalah diadukan itu mempunyai agenda tersirat apabila si suami hanya mahu mencari isteri warga asing dikahwini berikutan tidak mendapat wang bulanan dijanjikan manakala si wanita pula mencari suami tempatan berikutan tempoh visanya hampir tamat," katanya.
Katanya, pasangan suami isteri itu terbukti merancang perkahwinan palsu apabila majoriti mereka tidak mempunyai cahaya mata, malah tidak mempunyai alamat rumah yang membuktikan mereka tinggal sebumbung.
Menurutnya, perkahwinan itu biasanya diatur orang tengah yang berperanan mendapatkan suami tumpang untuk gadis asing ini yang meletakkan syarat khas berbentuk imbuhan bulan.
"Mungkin perkahwinan pasangan ini didaftarkan secara sah, namun hakikatnya ia hanya topeng untuk melindungi gadis atau wanita terbabit yang menjalankan aktiviti maksiat di negara ini," katanya.

22 February, 2011
Feb 22, 2011 - KULIAH AGAMA ( smbungan) - ISTERI CONTOH !!!!
sambung citer tentang isteri contoh tadi......
Alkisahnya Fatimah yang merasa cemburu dan kehairanan mengapa semua orang ketika itu hatta suaminya -Syaidina Ali asyik bercakap tentang kebaikan mutiah .......sedangkan beliau adalah anak junjungan besar Nabi Muhamad SAW.....
Maka suatu hari , Fatimah bersama puteranya syaidina hussin telah pergi ke rumah mutiah untuk find out apa yang baik sangat tentang Mutiah ni.....Sampai saja dirumah Mutiah , beliau terkejut melihat Fatimah dengan anak nya Hussin yang datang .... Beliau berasa amat berbesar hati kerana yang datang itu bukan calang2 orang - puteri kepada seorang yang agong - Nabi Muhamad SAW. Maka bertanyalah Fatimah kepada Mutiah ...apa yang dia buat sehingga semua orang memperkatakan tentang kebaikan dirinya.
Maka berkatalah mutiah ....tiada apa yang istimewa pada dirinya berbanding dengan Fatimah . Setelah lama berbual di luar , Fatimah berasa hairan mengapa Mutiah tidak menjemputnya masuk kedalam rumah .....maka fatimah bertanya mengapa tidak mereka berbual didalam rumah......Maka Mutiah yang faham akan maksud Fatimah pun berkata - Maaf wahai Fatimah , aku tak dapat nak ajak kamu masuk kedalam rumah ku , kerana suamiku telah berpesan jangan bawa lelaki yang ajnabi , bukan mahram kedalam rumah .... Dan disebabkan Hussin bersama fatimah , maka beliau tidak boleh membenarkan mereka masuk ....walaupun ketika itu , hussin masih lagi kanak2 kecil......
Maka fahamlah Fatimah .......
Tidak puas hati dengan apa yang dilihat nya , maka suatu hari yang lain Fatimah datang lagi .....
kali ini beliau pergi berseorangan .....sampai saja dirumah Mutiah...belia telah disambut dengan cukup besar hati oleh mutiah .....
Seterusnya , berbual lah mereka satu persatu apa yang Mutiah lakukan dalam kehidupannya seharian ....
1. waktu pagi sebelum subuh , beliau akan bangun awal pagi sebelum suaminya bangun untuk menyediakan makanan / sarapan untuk suaminya.....setelah siap barulah beliau mengejutkan suaminya....
2. Selepas suami nya bersiap untuk pegi kerja...maka di hantarnya suaminya ke muka pintu dengan muka yang manis. Beliau akan melambai tangan selagi suaminya nampak di pandangan mata..
3. selepas itu , beliau akan buat kerja rumah macam biasa.....
4. Bila suaminya pulang dari kerja, beliau akan sambut suaminya di muka pintu dengan senyuman ....
Beliau tidak akan bertanya apa-apa kepenatan suaminya...sebaliknya beliau akan sediakan makanan
untuk suaminya.....
5. Dan bila tiba waktu malam - sebelum tidor, beliau akan mendatangi suaminya dengan sebatang rotan.....diberinya rotan tersebut kepada suaminya lalu berkata.... rotanlah saya ...kalau layanan saya kepada abang sepanjang hari ni tidak memuaskan abang........
Maka fahamlah Fatimah, mengapa semua orang memperkatakan tentang kebaikan mutiah , hatta Syaidina Ali sendiri .
Persoalannya .....ADA LAGIKAH ISTERI YANG BEGINI HARI NI?????????
Salam.

Feb 22, 2011 [AKHBAR] - Terpaksa solat secara sorok-sorok
Terpaksa solat secara sorok-sorok
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mualaf mendakwa bekas suami tidak membimbingnya menjadi Muslim yang baik sepanjang lima tahun perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Menurut Audrey Amira Goon Abdullah, 34, bekas suaminya, Ablen Rosmon Gamid, 35, dan ahli keluarganya juga tidak mengamalkan ajaran Islam dengan baik.
Katanya, sepanjang tinggal dengan mentua, tidak pernah lihat mereka menunaikan solat dan solat Jumaat selain turut percaya perkara syirik.
Bekas suaminya juga pernah menceritakan pernah minum arak dan ke kelab malam ketika ke luar negara.
"Saya terpaksa solat secara sorok-sorok kerana tidak mahu diketahui ahli keluarga mentua sebab takut dikatakan berlagak.
"Sekali-sekala adik bekas suaminya juga membawa pulang kawan perempuannya dan tidur bersama satu bilik dalam pengetahuan ibu bapa mentua," jelasnya yang turut mengakui pernah tidur bersama bekas suaminya di rumah sama sebelum berkahwin.
Pengurus Kanan Korporat Kewangan itu berkata demikian ketika memberi keterangan berhubung tuntutan hak penjagaan anak Alya Natasha, 5, daripada bekas suaminya.

Feb 22, 2011 [AKHBAR] - Penjawat awam terpedaya dengan kekasih 'Mat Salih'
Penjawat awam terpedaya dengan kekasih 'Mat Salih'
RAUB: Perkenalannya dengan seorang lelaki ‘Mat Salih’ melalui laman rangkaian sosial facebook tidak sampai dua bulan, tetapi sudah cukup membuatkan seorang penjawat awam wanita berpangkat pegawai mempercayai lelaki terbabit sepenuh hati hingga dia kerugian RM10,000.
Mangsa berusia 40-an berkenalan dengan lelaki terbabit pada 1 Januari lalu dan suspek mengaku berbangsa Inggeris berasal dari United Kindom.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, sepanjang perkenalan itu, suspek menggoda mangsa dengan memanggilnya menggunakan panggilan manja.
"Pada 14 Februari lalu, mangsa menerima mesej mengatakan suspek akan datang ke negara ini dengan membawa wang yang banyak.
"Pada 17 Februari, mangsa menerima panggilan daripada suspek mengatakan barang yang dibawanya ditahan pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan meminta mangsa bercakap dengan pegawai bertugas," katanya.
Lelaki terbabit memberitahu bahawa mangsa perlu membayar denda sebanyak RM15,000 untuk membebaskan rakannya itu, namun mangsa hanya dapat membayar sebanyak RM10,000.
"Tanpa berfikir panjang, mangsa memasukkan wang berkenaan ke akaun persendirian di sebuah bank di bandar ini sebelum bertolak ke KLIA untuk menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.
Wan Mohd Samsudin berkata, pada 18 Februari lalu kira-kira jam 11.30 malam, mangsa tiba di KLIA dan berhubung dengan pegawai Imigresen di situ tapi diberitahu rakannya itu tidak memasuki negara ini.

Feb 22, 2011 - With Customer !!!!!
Salam ....jumpa lagi....ari ni just a short posting....sbb aku ngan customer dlm meeting room .
This week , quite tight aku punya schedule customer from seremban will be here for the whole week...
and tak ada apa yang menarik pun......cuma nk berkongsi sikit intipati kuliah maghrib yang aku ikuti kat surau hari ahad malam yang lalu .......
Pernah satu ketika, nabi pernah bertanya kepada umatnya......Nak ke kamu masuk Syurga?
maka jawablah keseluruhan umatnya - NAK !!!!!! Kemudian Nabi SAW terus bersabda....
kalau kamu semua nak masuk Syurga -
1) Pendekkan angan2 keduniaan mu......
2) Tetapkan ajalmu diantara 2 mata mu
3) Mesti ada rasa malu ......
Kesimpulannya .....kalau berhajat nak masuk syurga......
Janganlah dok berangan nak senang didunia ni saja......sentiasa ingat kan mati......dan bak kata Suhaimi Meor Hassan.....Malu itu senjata orang yang beriman ......
Juga ada satu citer tentang seorang isteri yang paling baik .....namanya bunyi macam mutiah ( tak berapa pasti ejaannya) . Isteri ni terlalu menjadi sebutan semua orang dizaman tu sehingga menimbulkan rasa cemburu puteri nabi - Fatimah ...
nak tau citer seterusnya , nanti sambung ....

18 February, 2011
Feb 08, 2011 - tak der citer menarik ari ni
salam....sorry lambat sikit posting ari ni ...bz sangat ...non stop meeting & conference call....
ari ni tk ada citer2 menarik dari metro and mw.....so tak der apa yang nk di share kan .
cuma aku tertarik nk citer pasai rancangan TV smpena maulidul rasul ari tu . Satu drama di TV3
bertajuk - Hijab di Kalbu . bagi aku best drama tu .....kisah masyarakat ari ni ....mmg ada yang betul2 macam tu kat sekeliling kita ....
ada orang pakai Antu raya sbb nak lingkupkan perniagaan orang lain dan nak kaya....
ada pompuan yang pakai susuk sbb nak lawa & nk pancing pucuk muda.......
erm macam2 la...
Tapi kesudahan citer tu best , macam mana bini dia mati terbakar akibat kecurangan nya.....
ngan susuknya....so mari lah sama2 kita ambil iktibar dari citer tu .....
hingga jumpa lagi next week...bye

17 February, 2011
Feb 17, 2011 [AKTIVITIKU] - MENGAIL PUYU !!!!!!!!!!
Salam , ini adalah satu lagi aktiviti masa lapang aku pada musim menanam.......tak lain tak bukan mengail ikan puyu.........selamat menikmati gambar2 ini.....
So , kat sidam sekarang ni baru abis musim menuai ....tak lama lagi musim menanam semula....
boleh memancing lagiiiiiii.....nak cuba ..mai la....
aktiviti yang memerlukan kesabaran
pak ngah & mak ngah + adik
angah ( anak saudara) in action
apit & keon - mmsg umpan
aku & wife - on the other side of parit ban !!!!!
Mak ngah & Hero Kecik aku - Haziq Hilmi
So , kat sidam sekarang ni baru abis musim menuai ....tak lama lagi musim menanam semula....
boleh memancing lagiiiiiii.....nak cuba ..mai la....
Feb 17, 2011 [AKTIVITIKU] - Di Kg Kelahiran Ku ...HIJAU !!!!!!!
Salam.....hari ni nak share gambar terkini masa aku kat umah mak ....aku mmg suka tengok kehijauan di kampong.....Skrg, eventhough aku pun dok kampong, nak dapat tengok kehijauan camni mmg susah ...tambah la yang dudok kat taman......
mujurlah , hero aku - IRFAN SYAKIR sanggup jadi model aku ari tu ...

View from Main Entrance
Pokok Manggis & Pokok Rambutan
Pokok Cempedak & Parasit
on the other side of view
Posing Maut ...
parasit yang ditanam
parasit vs bukan pelesit........
Yang tinggal di bandar2, mesti rindukan suasana camni kan?????? Jangan Jealous !!!!!
Feb 17, 2011 [AKHBAR] - Dari facebook ke bilik hotel
GEORGETOWN: Angkara laman sosial facebook, seorang suami terpaksa berdepan kecurangan isterinya yang menjalin hubungan cinta dengan bekas teman lelakinya sejak lima bulan lalu.
Malah, lelaki berkenaan mendakwa hubungan isterinya bersama ‘kekasih gelap’ berkenaan bukan saja setakat melalui laman sosial terbabit, tetapi dibawa hingga ke bilik hotel.
Menurutnya, isterinya bukan saja mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya serta dua anak berusia 10 dan 13 tahun, tetapi sudah pandai bergaya.
Suami berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 48, berkata, meskipun bekerja sebagai kerani, isterinya berubah menjadi lebih pandai bergaya sekali gus menimbulkan kesangsian kepadanya.
Bukan itu saja katanya, isterinya berusia 30-an sanggup menghabiskan masa beberapa jam melayari laman sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
“Semuanya terbongkar selepas saya berjaya melayari facebook isteri dan terkejut mendapati pelbagai ayat cinta dalam laman sosialnya itu.
“Kemuncak hubungan mereka ialah apabila rakan saya ternampak kelibat isteri bersama seorang lelaki memasuki sebuah hotel.
“Pada mulanya saya tak percaya, tetapi apabila ditunjukkan bukti, saya tergamam,” katanya yang tampil mendedahkan perkara itu selepas Harian Metro baru-baru ini mendedahkan kisah isteri lari mengikut teman lelaki angkara facebook dalam laporan Jejak Songsang facebook.
Osman kemudian bertanya kepada isterinya mengenai kejadian itu dan isterinya mengaku mengenai perbuatannya.
“Saya terkejut dan tidak mampu berkata-kata apabila isteri mengaku dia bersama bekas kekasihnya berusia 40-an menginap di sebuah hotel di negeri ini.
“Saya kesal dan sedih kerana isteri sanggup curang terhadap saya selepas sekian lama kami berkahwin,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya, mereka sudah berumahtangga sejak 15 tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata.
Sebelum ini katanya, rumah tangga mereka tiada masalah sehinggalah ‘penangan’ facebook yang mengubah isterinya termasuk penampilan dan sikap.
Katanya, sejak pengakuan isterinya, dia memberi kata dua sama ada mahu berubah atau perkara itu dibawa ke pihak berkuasa.
“Saya tidak mahu dikatakan suami dayus. Sejak pengakuannya itu, saya sudah meminta bantuan pegawai agama Pulau Pinang menasihati isteri supaya kembali ke pangkal jalan dan memberi tumpuan kepada keluarga.
“Meskipun kepercayaan saya sudah hilang terhadapnya, saya berusaha memujuk diri dan berusaha menyelamatkan rumah tangga yang kami bina sejak belasan tahun lalu,” katanya yang berserah kepada takdir.

Feb 17, 2011 [AKHBAR] - Siswi gila lelaki bini 2
CERITA...Nur menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro, semalam.
“Apabila wang PTPTN habis, saya berhutang keliling pinggang dengan rakan, selain menipu mak dan ayah dengan memberi alasan perlu membeli buku dan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang,” kata seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa menjadi hamba cinta dengan lelaki berusia 40-an dan beristeri dua lebih setahun ketika masih belajar.
Nur, 24, yang baru menamatkan pengajiannya penghujung tahun lalu kini menyesal.
Katanya, atas dasar cinta terhadap lelaki yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu, dia bukan saja sanggup berhabisan wang ringgit, malah sanggup menggadaikan maruah dirinya.
“Kami kerap menghabiskan masa bersama dengan pergi ke restoran mewah atas permintaan dia yang lebih gemar berjumpa di tempat tertutup dan kurang pengunjung bagi mengelak daripada bertemu dua isterinya.
“Saya akan menuruti setiap permintaannya termasuk kerap menginap di hotel bagi membuktikan rasa kasih dan sayang kepadanya, walhal pada masa sama perasaan takut sentiasa menyelubungi diri jika terjadi perkara tidak diingini,” katanya.
Nur berkata, semua perbelanjaan setiap kali keluar bersama teman lelakinya itu termasuk bayaran makan dan minyak kenderaan akan menggunakan wangnya menyebabkan dia semakin terdesak untuk mendapatkan duit.
“Dia kerap memberi alasan gaji bulanannya habis digunakan untuk menampung dua isteri dan anak-anak membuatkan saya terharu dan membelanjakan semua wang saya untuk dirinya.
“Sikapnya yang penyayang dan usia yang matang menjadi faktor saya terlalu cintakan dia selain dia berjanji menjadikan saya isterinya. Disebabkan itu, saya terlalu menyayanginya walaupun menyedari dia suami orang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, hubungan cinta mereka dihidu isteri kedua teman lelakinya yang pernah datang ke rumahnya memberi amaran selain mengugut untuk melakukan sesuatu terhadapnya sekiranya hubungan itu diteruskan.
“Saya tak gentar diugut, malah lebih bersemangat untuk mempertahankan hubungan cinta kami kerana terlalu percaya janji dan kata-kata manis diungkapkannya yang mahukan saya bersabar dengan semua dugaan,” katanya.
Nur berkata, hubungan mereka berjalan lancar hingga satu ketika teman lelakinya itu mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan dia seolah-olah gila hingga sanggup mencederakan dirinya sendiri.
“Ketika itu, saya seperti mayat hidup kerana tidak mempercayai dia sanggup meninggalkan saya yang banyak berkorban terutama memberikan wang dan menuruti setiap permintaannya. Mujur mak dan abah banyak membantu dan memberikan semangat,” katanya.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana berjaya menamatkan pembelajarannya dengan sempurna baru-baru ini walaupun pernah melalui perjalanan hidup malang kerana diperdaya lelaki yang bersikap mengikis dan mempermainkan cintanya.
“Kini, saya bersyukur kerana berjaya melupakannya hasil bantuan dan semangat keluarga dan rakan-rakan selain berusaha memulakan perjalanan hidup baru ke arah lebih baik.
“Saya pernah bodoh disebabkan cinta dan selepas ini berazam untuk lebih berhati-hati memilih teman lelaki bagi mengelak mengulangi kesalahan lalu,” katanya.
Sementara itu, ibu bapa Nur yang dihubungi berkata, mereka mengetahui mengenai masalah yang dihadapi anak mereka dan sudah mendapatkan rawatan perubatan secara Islam untuk memulihkan semangat Nur.
Ibunya dikenali sebagai Samiah berkata, masalah yang dihadapi Nur diketahui melalui rakan-rakannya.
“Mak cik mengesyaki sesuatu kerana dia jarang balik dan sering minta wang. Selain itu dia pernah mencuri barang kemas saya,” katanya.
Selepas ini, menurutnya dia akan cuba memastikan dan menasihatkan Nur supaya tidak salah memilih teman lelaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)