Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

28 February, 2011

Feb 28, 2011 [TIPS RUMAHTANGGA] - 10 Lokasi Pertemuan Romantis

10 Lokasi Pertemuan Romantis


ANDA MENEMUI CINTA BARU DAN MERANCANG MENGADAKAN PERTEMUAN PERTAMA DENGANNYA. BANYAK PERKARA YANG HARUS DIFIKIRKAN, APA PAKAIAN YANG SESUAI, MINYAK WANGI APA YANG PATUT DIGUNAKAN, MASA PERTEMUAN YANG TEPAT TERMASUK TOPIK APA YANG INGIN ANDA BUALKAN DALAM PERTEMUAN PERTAMA ITU.
Anda memerlukan idea yang perlu dianggap sebagai kelas pertama dan paling utama ialah di mana lokasi pertemuan itu mahu diadakan. Tidak guna anda kelihatan hebat di matanya tetapi anda gagal memikat hatinya jika anda memilih lokasi pertemuan yang sangat biasa sahaja. Di bawah ini dinyatakan beberapa tip lokasi pertemuan yang boleh dianggap romantik dan meninggalkan kesan mendalam di hati wanita.
1. Pantai
Pantai dianggap sebagai lokasi romantik. Saat mendengar bunyi deburan ombak yang menghempas pantai, melihat matahari yang terbenam di ufuk Timur akan membangkitkan satu nostalgia di hati pasangan. Lebih indah lagi jika anda bersamanya berlalu di gigi air dan banyak lagi perkara menarik boleh anda lakukan di sini.
2. Kelab Golf
Mungkin lokasi ini memerlukan belanja yang mahal tetapi kalau kena dengan gaya hidup dan kekayaan yang anda miliki, anda boleh membawa teman wanita ke sini. Bayangkan gaya anda mengayun kayu golf dengan penampilan pakaian yang segak, semua ini akan membuatkan wanita berasa bahagia di sisi anda.
3. KonsertSebenarnya pertemuan pertama adalah saat anda mengenali pasangan lebih mendalam. Dari situ anda boleh mengetahui minatnya, hobi dan sebagainya. Namun tidak salah untuk membawa pasangan ke konsert jika si dia meminati muzik. Hubungan anda dan dirinya akan lebih erat kerana dia beranggapan anda mengetahui minat dan kesukaannya.
4. Taman RekreasiSelalunya taman rekreasi adalah tempat untuk kanak-kanak bermain. Siapa kata ia tidak sesuai untuk orang dewasa? Membawa teman istimewa ke taman rekreasi sambil memerhatikan kanak-kanak bermain membayangkan bahawa anda juga mahu anak bersamanya suatu hari nanti.
Sudah pasti akan menimbulkan suasana ceria. Teman wanita anda mungkin malu mendengarnya namun ia membayangkan hasrat hati anda bahawa hubungan yang anda jalinkan ini adalah serius dan mahu mengakhirinya ke jenjang pelamin.
5. Berkelah Di Air Terjun
Satu lagi yang boleh menjadi pilihan anda ialah pergi berkelah. Menikmati suasana di air terjun, merasai sejuknya air tatkala anda berendam adalah suasana yang sangat menarik dan mampu diingati oleh pasangan. Tahukah anda, setiap tingkah laku yang anda lakukan melebihi dari kata-kata akan membawa kesan mendalam di hati teman bahawa andalah lelaki sejati.
6. Bermain Go KartSatu aktiviti yang sangat menyeronokkan jika anda boleh membawa teman wanita bermain go kart. Mungkin dia tidak pernah mencuba permainan go kart ini dan mungkin berasa takut tetapi sekali anda mengajarnya, ia mungkin satu pengalaman menarik buatnya dan menjadi pengalaman indah dalam hidupnya.
7. Pusat Membeli-belah
Ini mungkin tempat pertemuan biasa tapi ramai wanita menyukainya kerana selain mencuci mata, wanita memang suka membeli-belah. Lebih menarik lagi jika anda yang mengeluarkan wang belanjanya dan dia membeli apa disukainya. Tapi awas, jangan selalu ke sini kerana jika sudah terbiasa, teman wanita anda mungkin merengek mahu pergi ke sana selalu.
8. Menonton Wayang
Menonton wayang antara perkara biasa dilakukan oleh pasangan. Mungkin tiada yang istimewa tetapi kalau anda tiada idea ke mana mahu pergi, bawa saja ke tempat ini kerana ramai muda-mudi pergi ke sini.
9. Menaiki Limo
Ia tentunya sesuatu yang sangat berbeza. Jika anda mampu membawanya menaiki kereta limo tentunya ia satu kenangan manis yang takkan dilupakan. Tapi itu jika anda mampu dan jika tidak abaikan perkara ini kerana ia memerlukan belanja yang banyak dan besar.
10. Urutan Kaki
Mungkin tidak pernah dibuat tetapi sesekali berikan kejutan kepada pasangan. Ajak dia membuat urutan kaki dan anda membayarnya. Sesekali diurut, ia memberikan kelegaan. Tahukah anda, walau pun idea ini nampak janggal oleh pasangan tetapi anda begitu berbeza di matanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...