1985- secara rasminya aku melangkah kaki ke Tingkatan 4 Sains 2 di Sek Men Padang Serai .
Inilah kali pertama ada 2 kelas sains di sekolah ni - mungkin pasai ramai sangat yg dapat keputusan cemerlang dalam SRP tahun tu . Cuma yang tak best nya ....kami tak ada kelas tetap tahun tu .
kelas hanyut ...kelas mana yang kosong , disitu lah kami belajar.... paling kerap di makmal sains la.
Awal2 belajar science stream ni...kira cultural shock la juga. Ingat lagi aku ..Ujian Bulanan February 1985, Aku dapat 0 % untuk matematik tambahan , 6% untuk matematik moden. Physic kalau tk silap aku ngam-ngam lulus - 40%. Kiranya sepanjang form 4 ni ...subjek2 ni lah yang aku tk pernah score. Physic ni bukan pasai apa....dapat cikgu baru masa tu - Cikgu Koh Chin Hock. Dia ni dh la pelat cakap melayu , pastu sengau pula....punya lah susah nak faham .
Masa form 4 ni ...kenakalan aku bertambah2 la pula. Sebelum ni masa form 3 lupa nk bagi tau , aku biasa kena public canning depan assembly pasai ponteng kelas. Naik form 4 pula...ada lagi kes yang sangkut . Kes Curi !!!!!
Bukan curi barang tau ..Curi Soalan Ujian Bulanan Biologi . Cikgu BIO aku masa tu nama dia cikgu Haton Din. Masa tu kami dalam Lab Biologi dan ada aktiviti luar . Cikgu bahagi 2 kumpulan - satu kumpulan stay dalam lab , sambil satu kumpulan lagi cikgu bawa kat luar - padang. Masa tu aku kt dalam lab... biasa lah bila cikgu tk ada, aku pun naik tocang la....mula dok belek buku cikgu kat depan....bukan ada niat apa pun masa tu ...dalam dok belek tu ...tup2 terpandang draft soalan ujian
biology.... apa lagi ....semua pakat serbu * pakat salin....sampai tk sedar cikgu dh datang...apa lagi
sangkut la... yang tk best nya ....aku haram tk dapat tengok pun....tp bila cikgu tanya semua kata aku yang mula2 ambik.....
Kes ni sampai juga ke pengetahuan P/K - cikgu Mat Akhir Shafie. ( mengajar aku BM tahun tu). Sorang2 member kelas aku dipanggil....aku dok tunggu turn jer bila nk kena panggil tapi sampai sudah tk panggil2. jadi kes tu tutup macam tu saja....
Sejak peristiwa tu , cikgu Haton bengang smcm jer kat aku ngan sorang lagi kawan baik aku - Ramesh Naidu . ( la ni kt oversea) . Dia kata ...kalau nk belajar..belajar betul2...kalau tk mau belajar...pergi duduk belakang , jangan kacau kawan2 yang nk belajar. Punya hardcore masa tu .....aku , ramesh & sorang lagi kawan - Arisfadzilah Aziz ( bekas penjaga gol pasukan ATM masa liga Semi Pro dulu)
angkat beg pegi belakang makmal. Nak tunjuk bagus la konon nya..
kalau uoals semua nk tau apa yang ada dalam pemikiran aku masa tu banyak dipengaruhi oleh watak UJANG dalam citer GILA-GILA - Aku Budak Minang . Jahat / Nakal tp cerdik. AKu memang nak jadi macam tu masa tu . Kesian mak bapak aku kalau depa tau perangai aku masa tu tapi mcm biasa keputusan peperiksaan aku sentiasa maintain .
Itu citer yang nakal2....di sebalik tu mungkin ramai yang tak tau ...bertapa susah nya hidup aku dalam nk berjaya ni.....Kat umah , aku sentiasa rasa tertekan sebab masa tu aku dok rasa bapa aku sentiasa lebihkan abang aku dari aku ....dalam serba-serbi abang aku dapat lebih .....aku punya lah stress
sampai rasa macam nk lari umah pun ada masa tu .
Abang aku kalau nk main league bola 7 sebelah masa tu , bapa aku sanggup sponsor 1 team. Tapi aku bila nk main...kn curi2. Lari senyap2 terus pi padang bola. Macam tu lah juga duit ringgit . AKu ni pendek kata kn tunggu sebulan tolong dia menoreh getah untuk dapat 10 ringgit. Alhamdulillah , dgn duit 10 ringgit tu lah juga aku himpun untuk beli buku rujukan aku .....
Meja belajar aku buat sendiri dengan kayu & papan ja......Malam2 tatkala semua orang dah tidor,
aku pasang pelita minyak tanah ja , study ....kadang2 sampai kul 2 -3 pagi . Sedihkan ????????
Nak buat camna....kalau uoals nk tau , ni lah citer motivasi aku utk anak2 aku sekarang.
Panjang dah ....stop kat sini dulu. Nanti aku smbung lagi.
Assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment