Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

11 February, 2011

Feb 11, 2011 [MAJALAH] - Benarkah Anda & Pasangan Saling Percaya?

Benarkah Anda & Pasangan Saling Percaya?
KATA PERCAYA TAPI KENAPA SETIAP JAM SIBUK MENELEFON DAN BERTANYA MACAM-MACAM. TENTUNYA TIDAK SELESA JIKA PUNYA PASANGAN SEBEGINI. APA PUN YANG DILAKUKAN MENGUNDANG RASA CURIGA WALHAL ANDA SUDAH SAH MENJADI MILIKNYA.
Jika begini keadaannya mungkin sudah masanya anda mengetahui tahap kepercayaan pasangan terhadap anda. Ajak suami atau isteri anda sama-sama mengisi kuiz mudah ini. Tapi pastikan anda bersikap jujur dan bukannya untuk tunjuk baik!
1. Seorang rakan lelaki memberikan hadiah hari jadi yang agak mahal kepada anda. Reaksi pasangan...
A. Tumpang gembira. Padanya itu menunjukkan kehadiran anda sangat berharga bagi teman anda itu.
B. Ragu-ragu kerana teman anda itu lebih kaya.
C. Kecil hati. Bagi dirinya tidak wajar seorang teman biasa memberikan hadiah yang mahal.
2. Malam Jumaat anda masih lagi berada di pejabat. Telefon anda pula tidak dapat dihubungi. Dia...
A. Tenang saja kerana tahu anda sibuk dengan kerja.
B. Mula panik kerana anda tidak memberitahunya terlebih dahulu.
C. Marah besar dan menuduh anda sengaja mematikan telefon.
3. Rakan-rakan yang anda kenali kebanyakannya cantik atau kacak, baik rakan sekerja mahu pun teman biasa. Reaksi pasangan...
A. Biasa saja dan langsung tidak berasa cemburu. Dia bukan jenis yang cemburu.
B. Percaya bahawa anda sangat menyayanginya. Tapi kadang-kadang nampak cemburu.
C. Tidak suka anda terlalu rapat dengan rakan-rakan apatah lagi yang berlainan jantina.
4. Pasangan tidak sengaja membaca ungkapan rindu bekas kekasih anda melalui Facebook anda. Reaksinya ...
A. Relak saja. Katanya setiap orang punya cara untuk mengenang sejarah hidupnya.
B. Meminta penjelasan tentang hubungan anda dengan bekas kekasih.
C.Marah kerana rasa dibohongi dan memaksa anda tidak melakukan sebarang hubungan dengan bekas kekasih.
5. Anda meminta pasangan memegang telefon bimbit anda. Dia...
A. Hanya pegang saja. Dia lebih rela ‘melayan’ telefon bimbitnya.
B. Akan membuka telefon anda, tapi sekadar suka-suka.
C. Terus mengambil kesempatan memeriksa peti mesej, foto dan sebagainya.
6. Anda ‘out station’ untuk beberapa hari atas urusan kerja. Pasangan anda...
A. Memberi informasi tempat-tempat menarik di sana dan mencadangkan tempat untuk anda mengunjunginya agar tidak kebosanan.
B. Dia menghubungi anda ketika waktu rehat dan bertanya anda berada di mana dan dengan siapa anda ketika itu.
C. Terus menerus menghantar SMS dan menghubungi anda dengan penuh rasa curiga.
7. Anda meminta izin untuk keluar bersama dengan rakan baik. Reaksi pasangan...
A. Akan mengizinkan dan mengucapkan selamat bergembira.
B. Memberi izin tapi akan menghubungi anda berkali-kali dengan pelbagai alasan.
C. Melarang atau mahu mengikut anda sekali bagi memastikan anda tidak berlaku curang.
8. Ada rakan sepejabat berlainan jantina jatuh cinta dengan anda. Dia kerap menunjukkan rasa suka terhadap anda itu melalui laman web sosial dan kadang-kadang mengirimkan bunga ke pejabat anda. Reaksi pasangan...
A. Tiada reaksi
B. Ada sedikit rasa cemburu
C. Sangat cemburu.
9 Ketika sedang berdua-duaan dengan pasangan, anda sibuk dengan telefon bimbit, bersms, Facebook, chatting. Dia...
A. Tiada masalah kerana dia juga melakukan perkara yang sama.
B. Bertanya dengan siapa anda bersms, chatting dan terang-terangan menunjukkan wajah tidak suka.
C. Tidak suka dan berusaha untuk memeriksa telefon bimbit anda.
10. Anda sedang berurusan dengan klien yang juga seorang selebriti dan kebetulan pula idola yang sangat anda kagumi. Kebelakangan ini anda sibuk berurusan dengan dirinya. Pasangan anda bagaimana?
A. Tumpang gembira kerana melihat anda semangat bekerja.
B. Sibuk meminta anda bercerita tentang bagaimana urusan dengannya.
C. Tiba-tiba jadi marah tanpa alasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...