Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

10 February, 2011

Feb 10, 2011 [TIPS RUMAHTANGGA] - 6 Cara ‘Panaskan’ Isteri di Ranjang

6 Cara ‘Panaskan’ Isteri di Ranjang
IBARAT HENDAK MEMULAKAN BICARA PENTING, PASTI ADA PENDAHULUANNYA, ADA BUNGA- BUNGA BAHASA AGAR YANG MENDENGAR TERUJA. PERKARA YANG SAMA HARUS DIPRAKTIKKAN JUGA DALAM MEMULAKAN HUBUNGAN INTIM.
Pendahuluan yang dimaksudkan dalam hal seks ini tentunya pemanasan atau foreplay. Pun begitu ramai yang mengambil mudah tentangnya terutama para suami. Bila sudah terasa bernafsu, isteri yang sedang tidur lena terus ‘diterjah’ tanpa se barang aktiviti belaian, kucupan yang boleh merangsang nafsu isteri.
Walau pun ada yang melakukannya namun selalunya hanya seketika mungkin juga tak sampai dua minit lalu terus menuju ke sasaran. Hal ini kadang-kadang mengecewakan isteri. Jadi buat para suami MW kali ini memberikan anda beberapa tip yang harus anda lakukan agar acara ranjang memberi kesenangan buat isteri.
1. Gaya yang berbeza
Tempoh masa untuk pemanasan memang penting namun yang lebih penting adalah kualitinya. Sekiranya stail pemanasannya asyik sama saja, anda dan pasangan tentu saja akan bosan. Oleh itu anda dan suami perlulah kreatif mencari idea baru dan menyelangi pemanasan dengan kejutan.
2. Faham kehendak isteri
Tahukah anda bahawa semasa ketika hubungan intim suami sebenarnya amat berharap isteri memberitahu akan keinginannya. Apa yang anda ingin suami lakukan? Sentuhan di mana dan sebagainya?
Tapi hal yang berlaku adalah sebaliknya, wanita hanya berharap suami memahami apa mereka yang dimahukan. Akibatnya ramai pasangan tidak puas dalam hubungan intim. Begitu jugalah dalam hal pemanasan, berikan panduan pada suami tentang apa yang anda mahukan.
3. Ajar suami
Supaya sama-sama menikmati pemanasan maka tak salah jika si isteri membimbing suami. Isteri boleh menunjukkan cara belaian bagaimana yang disenangi atau tempat mahupun bahagian mana yang paling sensitif untuk diusap. Jangan lupa berikan sedikit ekspresi sewaktu menikmatinya supaya suami jadi lebih yakin.
4. Cuba guna IT
Pemanasan bukan hanya bermaksud sentuhan mahupun belaian di tubuh saja. Banyak lagi cara untuk memulakan seks. Antara yang boleh dilakukan di zaman serba canggih ini adalah SMS atau pun meng hantar e-mel. Tidak salah sekiranya anda menghantar SMS nakal untuk suami di penghujung waktu pejabat sebagai langkah awal. Pasti responsnya memberangsangkan.
5. Sentiasa terbuka
Anda dan suami pastinya memang tidak akan selalu mampu menjadi seperti pasangan pengantin baru yang sentiasa ghairah untuk hubungan intim. Dalam keadaan, jika suami selalu kurang bersedia untuk seks, janganlah terus menuduh yang bukan-bukan. Ajak suami berbincang mengenainya. Selagi anda dan suami terbuka untuk berbicara mengenai seks maka bererti hubungan anda dan pasangan masih lagi baik-baik.
6. Isteri mulakan
Hampir semua lelaki akan senang sekiranya pasangan memulakan hubungan intim. Tapi pastinya ramai antara isteri yang tidak berapa sanggup melakukannya. Takut dikatakan ‘isteri bernafsu besar’ ataupun bagaimana kalau hasrat yang membuak-buak itu tiba-tiba ditolak oleh suami.
Tapi kalau tidak mencuba mungkin menyesal kerana hampir semua lelaki berharap pasangannya akan memulakan hubungan seks. Maka jangan berfi kir panjang, kalau berhajat lakukan saja.
INFO
Menurut kajian yang dilakukan di Barat, dua dari tiga wanita di sana merasakan pasangan mereka kurang lama dan kurang variasi dalam pemanasan. Salah satu sebabnya adalah usia perkahwinan. Makin lama berumah tangga, makin kurang masa pemanasan mereka.
Harus diingat bahawa pemanasan yang cukup sebenarnya akan membuatkan seks lebih m enyenangkan. Ini kerana sewaktu pemanasan, darah akan lebih banyak mengalir dan kesannya tubuh akan jadi lebih sensitif. Waktu ini s ekiranya berlaku orgasma pasangan akan merasai k enikmatannya.
Sebenarnya waktu pemanasan tidaklah lama sekadar 10 hingga 20 minit saja. Masa ini sudah cukup untuk membuatkan tubuh lebih bersedia, relak dan fokus untuk hubungan intim. Ia juga akan membuatkan anda berasa dimanjakan oleh pasangan.
Tapi tak salah juga anda mahu melakukannya lebih lama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...