MANJUNG: Akibat berang dengan sikap teman lelakinya yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas bayi perempuan yang dilahirkannya, seorang wanita berusia 29 tahun bertindak meletakkan bayi berusia 18 hari itu di hadapan kediaman keluarga kekasihnya di Taman Fasa Dua, Seri Manjung, di sini, pagi semalam.
Bayi malang yang dipercayai dilahirkan sendirian wanita berkenaan di sebuah hotel di daerah itu pada 25 Januari lalu ditemui dengan selamat tanpa sebarang kecederaan oleh bapa teman lelakinya yang menyedari tangisan bayi di luar rumahnya kira-kira jam 5.30 pagi semalam sebelum beliau membuat laporan polis.
Difahamkan, pada mulanya, bapa teman lelaki wanita berkenaan tidak mengetahui bayi itu hasil hubungan terlarang anaknya bersama wanita itu sebelum dimaklumkan polis mengenai penemuan resit hotel yang ditemui dalam sebuah beg pakaian bayi.
Hasil pemeriksaan ke atas resit hotel berkenaan membawa kepada penemuan identiti sebenar wanita yang juga ibu bayi berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharudin Abdullah (gambar) berkata, berikutan itu, pihaknya melancarkan gerakan memburu wanita dan lelaki terbabit sebelum kedua-duanya ditahan di daerah itu beberapa jam selepas penemuan bayi berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, suspek lelaki berusia 24 tahun dan berasal dari daerah ini, manakala suspek wanita pula berusia 29 tahun dan berasal dari sebuah negeri di utara,” katanya.
Beliau berkata, daripada hasil soal siasat yang dijalankan, kedua-dua suspek mengaku bayi berkenaan adalah hasil hubungan haram mereka.
“Suspek wanita mengaku dia membuang bayinya itu kerana suspek lelaki yang juga kekasihnya enggan bertanggungjawab menyebabkan dia hilang punca sebelum bertindak sedemikian.
“Dia (suspek wanita) mengaku tidak mampu menjaga bayinya itu bersendirian sebelum bertindak meletakkan bayi berkenaan di belakang sebuah rumah yang didakwanya milik keluarga kekasihnya (suspek lelaki),” katanya.
Shaharudin berkata, pihaknya akan merujuk kes berkenaan ke Unit Pengajian Penyiasatan dan Pendakwaan terlebih dulu sebelum pendakwaan dijalankan ke atas kedua-dua suspek.

No comments:
Post a Comment