Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

26 May, 2011

May 26, 2011 - Mak Nyah INSAF!!!!!!

Saya nak berubah’
Oleh Asmizan Mohd Samiran
mizan@hmetro.com.my
TUMPAT: “Saya nak berubah,” kata seorang Mak nyah berusia 22 tahun yang dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan 14 hari penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan tidak sopan bersama seorang lelaki, Februari lalu.
Zuhaili Ahmad@Ghazali, dari Kampung Geting, Tumpat, berkata dia reda dengan hukuman yang diterima dan akan berusaha untuk berubah menjadi lelaki sejati.
“Nak buat macam mana, dah kena (hukuman) begini, reda sajalah.

“Saya bukan tahu nak jadi begini,” katanya ketika ditemui selepas Hakim Syarie Mazlan Abdullah menjatuhkan hukuman berkenaan dalam prosiding tertutup di kamar hakim.

Pendakwaan dilakukan Penolong Pendakwa Syarie negeri, Wan Salina Wan Hussin.

Hukuman penjara terhadap Zuhaili bermula semalam dan dia menghabiskan hukuman berkenaan di Penjara Pengkala Chepa. Zuhaili membayar denda berkenaan bagi mengelak hukuman penjara enam bulan jika tidak membayarnya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita dari Sinar Harian .
Berkelakuan tidak sopan

TUMPAT - Seorang lelaki menyerupai wanita yang ditahan dalam keadaan mencurigakan dengan pasangan sejenis, seorang pelajar Kolej Swasta, dikenakan denda RM1,000 dan penjara 14 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Tumpat, semalam.

Zuhaili Ahmad@Ghazali, 22, mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan perbuatan tidak sopan, 11 Februari lalu.

Pemuda dari Kampung Geting itu, yang hadir bersama abangnya, Zakri Ahmad, 37, membayar hukuman denda RM1,000 yang diperintahkan oleh Hakim Syarie, Mazlan Abdullah.

Dia perlu menjalani hukuman penjara 14 hari di Penjara Pengkalan Chepa bermula hari ini (semalam) manakala pasangannya, Meerza Shah Abdul Hakim, 19 tidak hadir kerana menduduki peperiksaan dan perbicaraannya ditangguhkan pada 6 Julai depan.

Penolong Pendakwa Syarie Negeri, Wan Salina Wan Hussin membacakan kertas pertuduhan ke atas Zuhaili dalam prosiding semalam di kamar Hakim.

Zuhaili didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, No 2, 1985, jika sabit kesalahan, dia boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, Pada 11 Februari lalu, hasil daripada operasi pada jam 4.35 petang, tindakan pasangan terbabit yang asyik memadu asmara di kawasan pantai di Pulau Tengkorak di atas hamparan cadar membawa padah apabila diserbu pegawai penguat kuasa agama yang meronda mencegah jenayah.

Pasangan berkenaan yang asyik memadu kasih di kawasan sunyi di pantai itu tidak menyedari perbuatan mereka diperhatikan tiga penguat kuasa agama sebelum ditahan.

Mereka dilihat sedang berbaring dengan keadaan bertentangan hukum syariah apabila kedudukan pelajar kolej itu berada di bawah pasangannya menyerupai wanita di pantai terbabit.

Manakala muka pelajar kolej terbabit berada di atas dada pasangannya, menyebabkan penguat kuasa agama Jajahan Tumpat menahan dan mendakwa mereka.

Pelajar berkenaan disoal siasat dan pasangannya yang disangka perempuan sebenarnya adalah seorang lelaki berdasarkan kad pengenalan ditunjukkan kepada penguat kuasa.

Berikutan penahanan terbabit, pasangan itu dikehendaki menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Tumpat dekat sini, pada 23 Mac lalu bagi mengikuti prosiding pendakwaan kali pertama mengikut Seksyen 5 (1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, No 2, 1985, tetapi kedua-duanya tidak hadir.

Sementara itu, Zuhaili ketika ditemui berkata, hukuman penjara ini dijadikan pengajaran buatnya dan berjanji insaf dengan perbuatannya selama ini.

Zuhaili juga dikehendaki memotong rambut panjang itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...