SMS mohon maaf
KANGAR: “Saya terkejut menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Abang Mie (tunang Karimah) yang memohon maaf kepada saya, kira-kira setengah jam selepas dia menikam ibu saudara saya,” kata Syakinah Bahaudin, 20, anak saudara Karimah Jusoh, 25, yang maut ditikam tunangnya di bilik persalinan di sebuah stesen minyak Jalan Perusahaan Perai, Pulau Pinang, pagi kelmarin.
Beliau berkata, dia terkejut menerima SMS itu jam 7 pagi kelmarin.
“Kira-kira jam 8 pagi, saya dimaklumkan ibu saudara saya sudah meninggal dunia akibat ditikam. Saya terus bergegas ke stesen minyak tempat Karimah bekerja untuk melihat kejadian berkenaan.
“Ketika tiba, saya melihat mayat ibu saudara sudah kaku ditutup dengan plastik hitam di dalam bilik persalinan stesen berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Sena, Chuping, semalam.

Syakinah berkata, pada malam sebelum kejadian, bekas suami arwah, Maslan Mad Deris, yang menetap di Chuping, secara kebetulan berjumpa dengan Karimah untuk menghantar makanan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment