Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

06 May, 2011

May 06, 2011 [AKHBAR] - BAYAR 300 BOLEH BAWA BALIK & BUAT APA SAJA

RM300 untuk bawa pulang


CEKUP...antara 32 wanita warga China yang ditangkap malam kelmarin.
KUALA LUMPUR: Dengan bayaran RM300 hingga RM500 semalam, pelanggan sebuah kelab malam boleh membawa pulang pelayan pelanggan (GRO) kesukaan mereka untuk mengadakan hubungan sejenis.
Itulah perkhidmatan ‘khas’ disediakan 32 GRO warga China di sebuah pusat hiburan berlesen di Plaza Puchong Bandar Kinrara, di sini, malam kelmarin.

Kumpulan wanita itu pada mulanya akan melayan pelanggan dalam 15 bilik khas di tingkat satu pusat hiburan itu dengan bayaran RM20 sejam.
Mereka akan menemani pelanggan untuk minum sambil berkaraoke dan pada masa sama dibenarkan membuat ‘aksi’ ringan.
Perkhidmatan mereka tidak berhenti di situ sahaja sebaliknya bagi pelanggan yang berminat membawa wanita itu keluar dan melakukan seks, proses perundingan seterusnya boleh dibuat.
Sekiranya pelanggan dan bapa ayam setuju dengan harga ditetapkan, GRO itu akan dibenarkan dibawa keluar.
Difahamkan, kelab malam itu dipercayai menjadi sarang popular sindiket pelacuran wanita warga asing dari China. Kebanyakan wanita warga asing itu masuk ke negara ini menggunakan pasport dan visa lawatan sementara.
Bagaimanapun, kegiatan itu dapat dihidu pihak berkuasa apabila Unit Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman melakukan serbuan mengejut ke premis itu, malam kelmarin. Dalam serbuan kira-kira jam 9.10 malam itu, semua 32 wanita warga China yang bekerja sebagai GRO berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan.Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar, berkata serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat kelab malam berkenaan menggaji GRO warga asing.
“Siasatan awal mendapati 30 wanita terbabit memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial manakala dua daripada mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
“Kelab malam itu didapati turut menawarkan perkhidmatan ‘khas’ di luar pusat hiburan bagi pelanggan yang berminat untuk membawa pulang GRO kesukaan mereka dengan syarat perlu membayar antara RM300 hingga RM500 semalam,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan. Shahrul Nizam berkata, dalam operasi itu, empat pekerja premis itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ketika serbuan itu, salah seorang GRO yang tidak memiliki pasport itu cuba melarikan diri, tetapi ditahan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...