Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

17 May, 2011

May 17, 2011 [AKHBAR] - PEHA JASMIN MELECUR

Jasmin Hamid melecur
KUALA LUMPUR: Malang tidak diduga bagi dramatis popular Jasmin Abdul Hamid, atau Jasmin Hamid, 38; apabila melecur sebahagian paha kanan dan betis kiri terkena air panas sewaktu menjalani penggambaran drama terbaru Buaian Kasih, di Kuang, Sungai Buluh, Sabtu lalu.
Melalui gambar yang dikirim melalui e-mail kepada harian Metro, kecederaan papada paha kanan dan betis kiri dramatis itu agak teruk.

Ketika dihubungi semalam Jasmin masih lagi meneruskan penggambaran drama terbabit walaupun terpaksa bertarung dengan kesakitan.
“Penggambaran drama ini sepatutnya habis pada 18 Mei lalu, tetapi akibat kecederaan dialami, saya diberi cuti tiga hari. Sebagai pelakon ia sudah menjadi etika kepada kami untuk menyudahkan tugas yang dilaksanakan. “Selagi bernyawa, selagi itulah kerja harus diteruskan. Lain sekiranya kami sudah terlantar sakit dan tidak boleh bergerak,” katanya.

Menurutnya, walaupun dalam keadaan sakit teramat sangat, dia mencuba sedaya upaya agar tumpuan tidak terganggu dan bergantung sepenuhnya kepada ubat penahan sakit.

“Sekarang ini setiap dua jam sekali saya akan mengambil ubat penahan sakit. Itu saja yang mampu saya lakukan sekarang. Bagaimanapun sebaik saja kejadian berlaku saya bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setiap hari saya akan mencuci luka dengan harapan ia akan cepat sembuh. “Doktor menjangkakan luka yang dialami akan mengambil masa agak lama untuk pulih,” katanya. Dalam pada itu Jasmin berkata, bagi membolehkan penggambaran diteruskan dia meminta pihak produksi agar mengubah beberapa babak agar kecederaan dialami tidak kelihatan.
Menjelaskan mengenai insiden itu Jasmin, berkata ia berpunca daripada kelalaian petugas ‘handyman’ produksi berkenaan yang meletakkan air panas di atas meja di mana pelakon ditempatkan dan semasa kejadian terdapat lima lagi pelakon di kawasan itu, namun kecederaan paling teruk dialaminya.

Katanya, setakat ini, pihak produksi menanggung semua bil perubatannya. Namun, perbincangan mengenai perbelanjaan sepenuhnya sehingga luka dialami sembuh belum ada. “Saya tidak boleh menyatakan sama ada mahu mengambil tindakan terhadap produksi terbabit atau tidak. Saya tidak terfikir pun lagi kerana bagi saya apa yang penting adalah menyudahkan segala kerja penggambaran. “Kalau tidak ada rasa tanggungjawab mahu saja saya menunggu sebulan agar luka pulih, masalahnya saya tidak begitu. Dalam keadaan tiada apa yang boleh diubah dan segala harus diselesaikan dengan segera dan waktu sama, rawatan saya dapat diteruskan hingga sembuh.

“Cuma ingin saya jelaskan di sini, saya tidak mengalami lecur di seluruh badan seperti apa yang dihebohkan sebelum ini. Cuma apa yang penting kejadian ini menjadi pengajaran kepada produksi lain agar lebih berhati-hati di masa hadapan. Malah sepanjang pembabitan saya dalam dunia lakonan selama 20 tahun, inilah kali pertama perkara seperti ini berlaku. Kecuaian boleh dielak sekiranya semua pihak lebih berhati-hati dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...